Selasa , 12-08-2014 - Wartawan asing yang berada di Gaza menolak tuduhan Netanyahu tentang laporan mereka yang dikatakan ‘tidak adil’ dan ‘berat’ ke arah Palestin kerana tekanan yang dikenakan oleh Hamas.
Netanyahu mengadakan perjumpaan dengan wartawan pada petang khamis dan menyatakan, “apabila mereka (wartawan) meninggalkan Gaza, mereka tidak lagi berada di bawah kawalan dan ancaman Hamas”. Netanyahu kemudiannya menambah: “Saya akan melihat laporan dan dokumen tentang (pengganas) yang berselindung di belakang orang awam”.
Menurut Agensi Media Palestin Al-Ray, wartawan yang baru sahaja meninggalkan Gaza berkata bahawa Netanyahu menipu, sambil menekankan bahawa mereka tidak menerima ancaman daripada Hamas dan tidak pernah bertemu dengan sesiapapun yang berkaitan dengan Hamas ketika mereka berada di Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor menyatakan: “Saya tidak percaya bahawa tidak ada seorang pun fotografer veteran yang berjaya merakam walaupun satu gambar roket dilancarkan atau seorang pejuang daripada Hamas”. Hampir kesemua wartawan mengesahkan dan bersetuju tentang satu perkara: bahawa mereka TIDAK MENYAKSIKAN walau satu situasi yang mampu membuktikan tuduhan Netanyahu.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz
penterjemah : redz
No comments:
Post a Comment