Tuesday 12 August 2014

LIMA RAKYAT PALESTIN TERBUNUH DI GAZA TENGAH


Selasa , 12-08-2014 - Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa lima orang rakyat Palestin terbunuh dan beberapa orang lagi mengalami kecederaan, sebilangannya cedera teruk, setelah tentera Israel menyerang sebuah masjid di kawasan Nusseirat dan kem pelarian al-Maghazi, di Gaza Tengah.
Tambah kementerian itu lagi, seorang rakyat Palestin, Moath Azzam Abu Zeid , 37, meninggal dunia di bawah runtuhan Masjid al-Qassam di Nusseirat. Jenazah beliau dan beberapa lagi rakyat Palestin yang cedera telah dipindahkan ke Hospital al-Aqsa.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

No comments:

Post a Comment