Tuesday 12 August 2014

PENDUDUK GAZA KEMBALI KE SEKOLAH PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU SELEPAS ISRAEL MENYERANG SEMULA


Selasa , 12-08-2014 - Hanya beberapa ketika selepas gencatan senjata sementara selama 72 jam berakhir, tembakan roket yang bertubi-tubi telah dilepaskan di sepanjang sempadan Tebing Gaza. Penduduk Gaza yang telah pulang ke rumah mereka ketika tempoh gencatan, sekali lagi mencari pelindungan di beberapa hospital tempatan dan sekolah dimana sejumlah 200,000 orang sebelum ini telah berlindung daripada serangan Israel yang terus-terusan membedil infrastruktur awam Gaza.
Menurut UNICEF, sekurang-kurangnya 153 sekolah di Gaza, termasuk 90 daripadanya yang diuruskan oleh pekerja Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah musnah di bedil oleh tentera udara Israel semasa konflik itu. ” Sekolah-sekolah juga tidak selamat, mereka juga menyerang sekolah,” kata penduduk Gaza, Saeed Masri.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

No comments:

Post a Comment