Tuesday, 12 August 2014

TUNTUAN YANG DITERIMA DAN DITOLAK OLEH ISRAEL


Selasa , 12-08-2014 - Berikut adalah senarai tuntutan Palestin dikemukakan kepada Israel oleh puak penentang Palestin di Gaza, semasa rundingan tidak langsung yang diadakan di Mesir antara Israel dan Palestin, seperti yang diterbitkan oleh al-Watan News:
1. Israel menolak sepenuhnya mendirikan sama ada Seaport atau Lapangan Terbang di Semenanjung Gaza.
2. Menolak sepenuhnya pembebasan semua tahanan yang dibebaskan di bawah ‘Rundingan Pertukaran Banduan Shalit’, dan ditangkap semula oleh Israel.
3. Israel “berhak” untuk mengambil tindakan terhadap terowong di Gaza.
4. Israel “berhak” untuk menjalankan pembunuhan sasaran
5. Setuju untuk mempertimbangkan Terminal Sempadan Rafah sebagai isu Mesir-Palestin.
6. Setuju untuk melepaskan tahanan veteran fasa keempat “sebagai tanda muhibah ke arah Presiden Mahmoud Abbas.”
7. Setuju untuk melanjutkan zon nelayan Palestin di perairan Gaza.
8 Setuju untuk membolehkan pemindahan wang untuk membayar gaji di Semenanjung Gaza.
9. Setuju untuk meringankan sekatan ke atas rakyat Palestin apabila menyeberangi terminal Erez, tetapi tidak akan mengurangkan sekatan ke atas barangan.
10. Setuju untuk kemasukan peralatan pembinaan, tetapi hanya di bawah pengawasan antarabangsa.
Sejurus sebelum gencatan senjata 72 jam berakhir pada pagi Jumaat, sumber Israel berkata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera untuk bersedia untuk apa-apa kemungkinan pengerahan.
Apabila gencatan senjata berakhir, puak penentang melepaskan peluru berpandu ke dalam pangkalan tentera Nahal ‘Oz, di seberang sempadan dan tentera mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah :  nurdiana

No comments:

Post a Comment