Tuesday, 12 August 2014

Berjemaah di runtuhan masjid


Tiada penghawa dingin, tiada permaidani empuk dan tiada bumbung menghalang terik sinaran mentari, namun rakyat Palestin masih utuh mendirikan solat berjemaah biarpun di sisi binaan masjid yang sudah menyembah bumi.
Dalam serangan rejim Zionis terdahulu, lebih 161 masjid menjadi sasaran mereka dan sebahagian daripadanya sudah pun menyembah bumi. Yang tinggal mungkin sisa binaan ataupun dewan solat, selebihnya sudah menyembah bumi akibat bedilan kejam tentera Israel. 
Namun, biarpun terpaksa berpanas untuk seketika, rakyat Gaza masih terus mendirikan solat secara berjemaah, malah mereka tidak pernah menghiraukan panas mentari kerana mungkin mereka sedar, berjemaah itu akan mengukuhkan ikatan silatur rahim sesama mereka. 

Itu rutin harian mereka di Gaza. Saya pernah bersolat dengan mereka di bawah runtuhan ini dan ia sebenarnya memberi keinsafan kepada saya betapa murni perjuangan rakyat Gaza dan penduduk di bumi ini.
Foto
SOLAT berjemaah masih dilaksanakan penduduk Gaza walaupun masjid yang menjadi penaung menyembah bumi.

Jika di Malaysia, sudah pasti kita akan duduk di bawah bumbung masjid, berhawa dingin sambil mendengar khutbah atau menunggu bilal melaungkan azan. Kita juga akan duduk di atas sejadah serta permaidani yang empuk. Suasana itu selesa bukan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/12

No comments:

Post a Comment