Isnin , 11-08-2014 - Khuatir dengan peningkatan permintaan antarabangsa supaya pegawai Israel didakwa untuk jenayah-jenayah perang yang dilakukan dalam serangan terakhir ke atas Semenanjung Gaza, angkatan tentera telah mengarahkan satu siasatan dalaman terperinci terhadap tindakan tentera semasa Operasi Protective Edge.
‘Kami tidak bekerjasama dengan laporan Goldstone dan akhirnya, ia hilang dari dunia ini’ – Israel PM Netanyahu Perdana Menteri Binyamin Netanyahu juga telah merayu ahli majlis undangan Amerika Syarikat untuk membantu Israel menghadapi tuduhan-tuduhan terhadap kepimpinan tentera dan politik Israel atas jenayah perang yang dilakukan dalam serangan Israel ke atas Gaza.
Menurut The New York Post, dalam satu mesyuarat pada hari Rabu dengan anggota Kongres yang membuat lawatan ke atas Israel sebagai tetamu AIPAC, Netanyahu menggesa wakil Amerika Syarikat untuk membantu pegawai-pegawai Israel untuk mengelakkan perbicaraan oleh International Criminal Court di The Hague.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira
penterjemah : nur syarira
No comments:
Post a Comment