Tuesday 12 August 2014

KANAK KANAK TERUS MAUT DIBEDIL REJIM ZIONIS.


Selasa , 12-08-2014 - Kanak-Kanak Maut,Sebelas Cedera Dalam Pengeboman Terbaru Israel Di Gaza Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah melaporkan bahawa seorang kanak-kanak Palestin terbunuh, dan sekurang-kurangnya sebelas orang Palestin telah cedera selepas tentera Israel meneruskan serangan ke atas Gaza pada hari Jumaat.
Kementerian tersebut berkata Ibrahim Zoheir ad-Dawawsa, 10 tahun,terbunuh selepas tentera mengebom sebuah masjid, di mana keluarga
mangsa menjadikan tempat berlindung, di bahagian utara Semenanjung Gaza. Beberapa rakyat Palestin juga cedera dalam pengeboman Israel yang lain, dan serangan telah mensasarkan bahagian yang berlainan di kawasan pantai.
Terdahulu pada hari Jumaat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Pertahanan Moshe Ya’alon mengarahkan tentera
untuk “kekal bersedia untuk peningkatan kemungkinan dalam serangan di Gaza”, terutamanya selepas perbincangan mengenai melanjutkan gencatan senjata sementara telah gagal.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : sham

No comments:

Post a Comment