Thursday 7 August 2014

Zionis bedil 161 masjid


Kuala Lumpur: Kehangatan Syawal yang masih dirasai umat Islam di seluruh dunia telah lama pudar di bumi Gaza selepas serangan terkutuk rejim Zionis mengorbankan 1,875 rakyat Palestin termasuk 426 kanak-kanak dan 255 wanita.
Serangan tanpa henti sejak 8 Julai sehingga 5 Ogos lalu turut mencederakan 9,563 yang lain termasuk 1,927 wanita dan 2,877 kanak-kanak.
Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Hafidzi Mohd Nor berkata, 188 sekolah terkena serangan termasuk 20 daripadanya 'rata' dibedil rejim Zionis.

“Malam ini seorang wakil Aqsa Syarif Dr Fauziah Hassan akan bertolak ke Tanzania untuk hadir ke sidang bantuan perubatan Gaza.
Foto
ANTARA masjid yang rosak teruk akibat bedilan Zionis. FOTO AFP

“Ini adalah inisiatif FIMA (Federation of Islamic Medical Association) yang melibatkan beberapa NGO Malaysia iaitu Aqsa Syarif, VPM (Viva Palestina Malaysia), IKRAM Health dan Mercy Malaysia,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, Aqsa Syarif berjaya mengutip derma sebanyak RM15 juta sejak 1 Ramadan hingga 5 Syawal dan agihan dibuat secara berperingkat.

Menurut Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif, Khalid Jimat berkata, sebanyak 161 buah masjid diserang termasuk 43 musnah teruk akibat bedilan Zionis.

“Serangan Israel setakat ini telah memusnahkan 10,604 buah rumah, 24 buah hospital, 161 buah masjid, 22 pertubuhan kebajikan, lapan pusat sistem kumbahan dan enam universiti.

“Kerugian yang ditanggung rakyat Palestin setakat ini dianggarkan mencecah RM15.5 bilion,” katanya.

Menurutnya, disebabkan lapan pusat sistem kumbahan musnah dibom Zionis, akibatnya 700,000 rakyat Palestin terjejas.

Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu. – Aqsa Syarif
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/06

No comments:

Post a Comment