Thursday 7 August 2014

Gaza sembah bumi


Kuala Lumpur: Selepas 29 hari diganyang Israel, hampir keseluruhan Gaza mengalami kemusnahan besar apabila bedilan tentera rejim Zionis itu meranapkan 188 sekolah, 161 masjid, 24 hospital, selain 10,604 rumah persendirian dan 22 pusat kebajikan.
Pengerusi Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor berkata, daripada 188 sekolah yang menjadi sasaran peluru 20 musnah sama sekali dan keadaan serupa dialami 43 masjid daripada 161 yang dibom. 
Menurutnya, sejak serangan mula dilakukan pada 8 Julai lalu dan dianggap terburuk dalam tempoh dua tahun ini, 1,875 rakyat Palestin termasuk 426 kanak-kanak dan 255 wanita terkorban. 

“Serangan agresif rejim Zionis itu turut mencederakan 9,563 orang iaitu 2,877 kanak-kanak dan 1,927 wanita,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Foto
SEORANG wanita Palestin hanya mampu duduk di hadapan rumahnya yang musnah dibedil.
Foto
REMAJA perempuan Palestin menyediakan makanan di dalam kelas yang dijadikan tempat perlindungan sementara.

Dr Hafidzi Mohd Nor berkata, sehingga tempoh gencatan senjata termeterai kelmarin, rejim Zionis turut menyasarkan lapan pusat sistem kumbahan termasuk sistem pengairan dan enam universiti.

“Jumlah itu cukup untuk mencerminkan bandar Gaza sudah menyembah bumi akibat kekejaman Israel,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/07

No comments:

Post a Comment