RAMALLAH, Tebing Barat - Pergerakan Hamas menimbang untuk melanjutkan gencatan senjata selama 72 jam di Genting Gaza yang berkuat kuasa kelmarin.
Keputusan itu dilaporkan sebuah agensi berita di Tebing Barat yang memetik kenyataan seorang pegawai Hamas selepas menyertai rundingan itu yang berlangsung di Mesir.
Pegawai Hamas berkenaan, Izzat Rishq memberitahu agensi berita Maan semalam bahawa keputusan untuk mencapai gencatan senjata kekal bergantung kepada hasil rundingan tidak langsung antara Israel dan Palestin itu.
Mesir pula menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata tersebut. - dpa
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz39ezVvurz
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment