Thursday 7 August 2014

Bekas Presiden Amerika gesa iktiraf Hamas


NEW YORK 6 Ogos - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter (gambar) menggesa Washington mengiktiraf pergerakan Hamas sebagai badan politik yang sah dan mengecam serangan tentera Israel di Gaza.
Laman web Fox News melaporkan Carter dalam kolum di laman web ForeignPolicy.com yang ditulis bersama bekas Presiden Ireland, Mary Robinson berkata, serangan di Gaza adalah satu bencana kemanusiaan.
"Tiada cara terbaik atau justifikasi undang-undang untuk Pasukan Pertahanan Israel melancarkan perang ini. Israel mengebom, melancarkan peluru berpandu dan menyerang beribu-ribu rumah, sekolah dan hospital," kata mereka.
Carter dan Robinson berkata, serangan ke atas penduduk awam boleh dikategorikan sebagai jenayah perang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_06/Bekas-Presiden-Amerika-gesa-iktiraf-Hamas#ixzz39eYZykU5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment