Thursday 7 August 2014

Polis tahan ketua penculik remaja Yahudi


Baitulmaqdis: Polis Israel semalam mengumumkan penahanan seorang lelaki Palestin yang dituduh mengepalai penculikan serta pembunuhan tiga remaja Yahudi Jun lalu.

Kenyataan itu menyebut Hossam Kawasmeh ditangkap di Shuafat, timur Baitulmaqdis bulan lalu.


Menurutnya, Hossam disyaki mengetuai sekumpulan komando menculik dan membunuh tiga remaja terbabit.

Insiden itu kemudian mencetuskan serangan ganas Israel ke atas Gaza mulai 8 Julai lali. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/07

No comments:

Post a Comment