Wan Saiful Wan Jan |
SHAH ALAM - Malaysia boleh menyekat hubungan dagangan dengan Israel tanpa memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi negara.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, nilai dagangan bukan secara langsung itu terlalu rendah untuk memberi kesan kepada ekonomi negara.
“Nilai dagangan itu tidak banyak sangat dalam anggaran RM4.8 bilion saja. Jadi, kalau ada sekatan sepenuhnya sekalipun, dari segi ekonominya, nilai itu terlalu rendah untuk memberi kesan yang terlalu signifikan kepada Malaysia.
“Bagi saya, ini bukan satu perkara yang perlu kita bimbang. Paling penting adalah kita menunjukkan tanda protes terhadap kezaliman yang berlaku di sana. Tindakan itu (sekat dagangan) amat bernilai dari segi sokongan moral,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau menegaskan, sekatan itu boleh berlaku sekiranya kerajaan benar-benar mahu melakukannya.
“Saya rasa ini satu lagi perkara melibatkan ‘political will’. Kalau sekiranya nak dibuat, saya pasti ia memang boleh dibuat.
“Kita antara negara yang tidak mempunyai hubungan politik dengan Israel. Ini merupakan satu lagi peluang untuk menunjukkan protes atas kekejaman yang dilakukan.
“Kalau ada kehendak, saya rasa cara itu memang boleh dicari. Kalau nak buat memang boleh buat. Masalahnya kalau ada keraguan antara nak buat atau tidak, maka pelbagai alasan akan timbul,” katanya.
Bagi tahun 2013, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel.
Sementara penganalisis politik, Prof Madya Dr Abu Suffian berkata, urus niaga yang berlaku antara Malaysia dengan Israel adalah secara tidak langsung melalui pihak ketiga.
“Kita memang tak ada urus niaga secara langsung dengan Israel. Kalau kita nak eksport atau import adalah secara langsung dengan negara-negara yang ada hubungan diplomatik sahaja.
“Sebagai contoh kita eksport produk kepada Eropah dan mereka eksport pula kepada Israel, itu terpulanglah. Itu bukan tanggungjawab kita. Begitu juga jika kita jual produk kepada Denmark dan mereka membungkus semula dan meletakkan logo mereka serta dijual kepada Israel,” katanya.

No comments:
Post a Comment