• Kanak-kanak antara mangsa paling ramai terkorban dalam serangan Israel sejak ia dipertingkatkan pada 8 Julai lalu. Foto: AFPKanak-kanak antara mangsa paling ramai terkorban dalam serangan Israel sejak ia dipertingkatkan pada 8 Julai lalu. Foto: AFP

KAHERAH - MESIR. Rundingan damai antara perwakilan Palestin dan Israel masih buntu sungguhpun tempoh gencatan senjata lima hari berakhir semalam.

Menurut laporan Agensi, sehingga semalam (8 malam waktu Malaysia) keduadua pihak masih berdegil dan saling berbalah apabila mereka saling memberi amaran tempoh perang yang panjang dijangka berlaku jika tuntutan mereka tidak dipersetujui.

Media melaporkan, pelbagai kebimbangan tercetus termasuk pertempuran antara kedua-dua pihak dijangka kembali tercetus jika mereka gagal mencapai kata sepakat.

Sejurus tempoh gencatan senjata tamat pada tengah malam semalam, ratusan pelarian mula berkumpul di perkarangan
pusat pengedaran makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, ketika rundingan itu berlangsung, kira-kira 2,000 penyokong Hamas berarak di Gaza dan Rafah bagi menyatakan sokongan mereka kepada perwakilan Palestin.

Mereka membakar bendera Israel selain melaungkan slogan anti-Zionis.