Tuesday, 19 August 2014

Rumah dua suspek bunuh tiga Yahudi diroboh


Baitulmaqdis: Tentera Zionis semalam merobohkan rumah dua rakyat Palestin yang disyaki terbabit dalam penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi di Tebing Barat Jun lalu.

Kediaman milik Hussam Kawasme dan Amar Abu Aysha di selatan Tebing Barat dimusnahkan sebelum Subuh dan tentera Yahudi menyita rumah seorang lagi suspek Marwan Kawasme.

Israel menuduh Hamas bertanggungjawab terhadap penculikan tiga remaja Yahudi Gil-Ad Shaer, Naftali Fraenkel dan Eyal Yifrah yang ditemui mati dua minggu kemudian di Tebing Barat.

Hamas tidak mengaku atau menafikan tuduhan itu.

Hussam, 40, yang menetap di Hebron ditahan 11 Julai lalu, namun dua lagi suspek masih bebas.

Penahanan itu mendapat perhatian ramai awal bulan ini apabila dokumen diperoleh dari mahkamah menyebut sama ada rumah milik Hussam dan dua lagi suspek perlu dirobohkan atau tidak sebagai hukuman.

Ia juga menyatakan Hussam mengaku membantu melaksanakan penculikan itu, menerima dana daripada Hamas dan membeli senjata diberikan kepada dua lagi suspek yang melakukannya.

Dia juga membantu menanam mayat remaja berkenaan di kawasan dibelinya beberapa bulan sebelum itu, Tentera juga memberitahu Mahkamah Tinggi Israel membenarkan hasrat mereka untuk merobohkan kediaman suspek dan menolak tiga rayuan difailkan keluarga tertuduh.



- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

No comments:

Post a Comment