PADA 8 Julai lalu, Israel melancarkan serangan mega terhadap Palestin selepas Kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menguatkuasakan keputusan untuk berbuat demikian. Dua minggu sebelum itu, Israel telah pun melancarkan beberapa siri serangan kecil terhadap penduduk Palestin gara-gara dakwaan kes penculikan tiga remaja Yahudi. Serangan itu juga dianggap salah satu provokasi awal selepas Hamas dan Fatah bersepakat membentuk Kabinet campuran bagi mentadbir Palestin.
Selama ini juga media di Malaysia, banyak merujuk kepada pelbagai sumber daripada media antarabangsa bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Pelbagai sumber di peroleh dari media pro-Islam, pro-Barat mahupun Israel. Bukan setakat itu sahaja, rangkuman berita turut di ambil menerusi Facebook, Twitter, laporan siaran langsung dari blog dan tidak kurang juga menghubungi kenalan yang berada ada di bumi Gaza. Kali ini, Sinar Harian membawa kisah seorang penduduk
Palestin yang juga pensyarah di Universiti Islam Gaza, Dr Wesam Ahmed Al Madhoun yang didatangkan khas oleh wakil Al-Itisam Relief Program (ARP) ke bilik berita Sinar Harian. Ikuti wawancara eksklusif beliau bersama Ketua Meja Global, Liza Hasan.
Apakah yang sebenarnya berlaku di Gaza?
Selama ini Gaza diserang setiap hari, cuma jumlah serangan itu berbeza. Situasi kali ini sangat berbeza di mana serangan dilakukan pada skala besar. Israel berpendapat, penduduk Gaza tidak boleh melakukan sebarang tindakan kerana mereka tidak rugi apa-apa memandangkan jumlah pengangguran termasuk graduan universiti meningkat lebih 60 peratus. Mereka tidak boleh menampung kehidupan, kakitangan universiti tidak bergaji dan bahan binaan tidak boleh memasuki Gaza. Jadi situasi ini menyumbang kepada serangan Israel. Apa jua kesalahan membabitkan ketua pemimpin boleh menyebabkan pertelingkahan besar. Oleh itu, Israel mengambi kesempatan melalui faktor ini untuk melakukan serangan. Pertelingkahan Kabinet Netanyahu juga meningkatkan lagi konfrontasi di Gaza.
Ketika Serangan pada 8 Jun lalu, di manakah anda?
Ketika itu saya berada di rumah kerana cuti semester. Ketika itu adalah masa paling merbahaya untuk kami ke universiti atau keluar rumah.
Pada masa bila Israel melakukan serangan?
Sebenarnya, saya tidak boleh memberikan garis masa tepat kerana setiap hari, Israel menyerang. Tidak kira, anda berada di sempadan atau di pantai.
Apakah sebenarnya yang penduduk Gaza mahu dan perlukan?
Mereka minta perkara paling asas dalam kehidupan iaitu, keluar dari kepungan, kebenaran menjalankan aktiviti nelayan, membenarkan bahan binaan dan makanan masuk. Permintaan ini dibuat sejak lapan tahun lalu. Mereka tidak meminta lebih dari itu.
Apakah jenis ugutan Israel terhadap penduduk Gaza?
Bayangkan anda berada di suatu kawasan kecil. Bekalan makanan terhad menyebabkan harga melambung tinggi. Pengangguran meningkat kerana penduduk tidak diberi hak pekerjaan. Israel juga mengugut bank di Gaza jika mereka melakukan pemindahan kewangan dengan pekerja Hamas mereka akan memberhentikan operasi bank terbabit. Perkara ini amat sensitif. Jika tersilap langkah ia akan mencetuskan pertelingkahan besar. Sahabat saya memerlukan tiga bulan hanya untuk melintasi sempada pada jarak hanya beberapa meter, saya juga terlepas beberapa persidangan antarabangsa dalam sebulan. Kami tidak boleh melakukan apa-apa.
Adakah sekatan dan ugutan ini meningkatkan kemarahan penduduk?
Ya. Ia meningkatkan kemarahan kami. Tetapi Israel berpendapat, masalah ini boleh memberi tekanan kuat kepada Hamas di mana penduduk akan mula marah dengan mereka. Tetapi penduduk Palestin tidak berang kepada Hamas, mereka marah kepada Israel. Ini kerana penduduk menyokong Hamas melalui pilihan raya demokratik. Penduduk tidak pernah menyalahkan Hamas. Mereka menyalahkan kepungan Israel di seluruh Genting Gaza.
Apa faktor menyebabkan kemarahan Israel memuncak dan Adakah mereka ambil kesempatan ketika Fatah - Hamas tidak sependapat ?
Ia berkaitan dengan politik di mana Israel telah berbincang dengan Fatah lebih 20 tahun namun tidak berhasil. Oleh itu, Israel cuba menyokong penduduk Palestin untuk menunjukkan kepada Hamas mereka mendapat sokongan rakyat. Perkara itu menyebabkan Kabinet Israel goyah. Tetapi selepas Hamas memenangi pilihan raya dengan keputusan majoriti, Israel cuba pula melaga-lagakan penduduk Palestin, Hamas dan Fatah. Hakikatnya, ia tidak berlaku. Apa yang terjadi adalah Kabinet Israel bergolak. Hamas inginkan perjanjian 1947 bukan hanya perjanjian 1967. Hamas mahu membebaskan Palestin sepenuhnya. Tetapi Israel tidak bersetuju.
Adakah kegagalan ini berlaku sejak dahulu?
Ya. Perdana Menteri sebelum Netanyahu, Ehud Olmet pernah berkata, 'saya sudah berbincang tentang perkara ini lebih 20 tahun namun ia tidak berhasil dan saya tidak memberikan apa-apa kepada penduduk Palestin'. Selepas Israel melihat Kabinet campuran Hamas-Fatah, Israel berikrar akan memecah-belahkan situasi ini. Mereka cuba pelbagai cara memisahkan Fatah-Hamas namun tidak berhasil. Selepas melihat kejayaan pembentukan kerajaan campuran, Israel cuba pula menimbulkan soal pembayaran gaji. Israel mengugut Fatah, jika mereka membayar gaji kepada Hamas segala sekatan ekonomi akan dibuat kerana Hamas dilabel sebagai pengganas.

No comments:
Post a Comment