Tuesday 19 August 2014

Puak Yahudi konservatif ganggu majlis kahwin


Pengantin lelaki, Mahmoud Mansour, 26, dan isterinya, Maral Malka, 23, meraikan perkahwinan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Jaffa, selatan Tel Aviv kelmarin. - REUTERS
RISHON LEZION, Israel 18 Ogos - Polis Israel semalam menghalang lebih 200 anggota puak Yahudi konservatif daripada mengganggu majlis perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam, di sini.
Berpuluh-puluh anggota polis, termasuk anggota unit elit menghalang anggota daripada Pertubuhan Pencegahan Asimilasi di Tanah Suci (Lehava) yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berteriak 'Kematian untuk Arab' daripada memasuki pagar dewan di mana majlis perkahwinan itu diadakan.
Polis turut menahan empat individu yang menceroboh kawasan itu.
Penunjuk perasaan turut mengutuk pengantin perempuan, Maral Malka, 23, yang memeluk Islam sebelum mengahwini Mahmoud Mansour, 26, dan menganggapnya sebagai pengkhianat bangsa Yahudi.
Tiada kecederaan dilapor dalam insiden itu.
Peguam kepada kedua-dua mempelai, gagal mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang tunjuk perasaan, namun berjaya mendapatkan bantuan polis untuk memastikan penunjuk perasaan berada dalam jarak 200 meter dari dewan majlis perkahwinan.
Kumpulan Lehava yang menganjurkan bantahan itu dilapor sering mengganggu pasangan Arab dan Yahudi sebelum ini dan membantah sebarang perkahwinan campur melibatkan kaum Yahudi dan Arab. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_06/Puak-Yahudi-konservatif-ganggu-majlis-kahwin#ixzz3Amo2vzpm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment