Tuesday, 19 August 2014

Abbas temui Emir Qatar dan Meshaal di Doha Khamis

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 6:03 PM
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas - Foto AP
 
DOHA: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan ke Doha esok untuk mengadakan perbincangan dengan Emir Qatar dan pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal.

Lawatan Abbas ke Qatar pada mulanya diumumkan semalam oleh pegawai Palestin yang berada di Kaherah untuk rundingan tidak langsung dengan Israel mengenai perdamaian di Gaza.

Khamis ini Abbas akan berbincang secara berasingan dengan Meshaal dan Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani mengenai perkembangan terbaharu dalam rundingan di Kaherah dan soal bantuan serta pembangunan semula Gaza, kata Duta Palestin ke Doha, Monir Ghannam.

Ghannam menambah, dari Doha, Abbas akan ke Kaherah sebagai sebahagian daripada perhubungan yang dijalinkan antara kepemimpinan Palestin dengan semua pihak berkepentingan dalam konflik Israeil-Palestin.

Gencatan senjata baharu selama 24 jam yang berkuat kuasa sekarang akan berakhir pada tengah malam ini di bawah persetujuan saat terakhir di Kaherah malam tadi. - AFP

No comments:

Post a Comment