• Bandar Gaza musnah teruk akibat bedilan udara sejak bulan lalu. - Foto Ihsan: AFPBandar Gaza musnah teruk akibat bedilan udara sejak bulan lalu. - Foto Ihsan: AFP

OSLO - NORWAY. Mesir dan Norway merancang menjadi tuan rumah untuk persidangan penderma antarabangsa bagi membantu membangunkan semula Gaza selepas dibedil Israel sejak 8 Julai lalu.

Kementerian Luar Norway, dalam satu kenyataan berkata, persidangan dijangka diadakan di Kaherah turut meminta perjanjian gencatan senjata berkekalan dicapai antara kedua-dua pihak lapor media AFP.

“Kami melihat beberapa gencatan senjata terdahulu mendapat kesepakatan dan usaha untuk mendapatkan gencatan senjata kekal mungkin dapat dilakukan jika kedua-dua pihak mendengar permintaan negara antarabangsa,” katanya.

Oslo kini mempengerusikan kumpulan penderma antarabangsa bagi membantu rakyat Palestin manakala Kaherah menjadi pengantara rundingan antara Palestin dan Israel sejak bermulanya konflik.