RABU, 27 OGOS 2014 @ 12:20 AM
KAHERAH: Media Mesir mengumumkan gencatan senjata antara Hamas dan Israel bagi menghentikan peperangan Gaza selama tujuh minggu yang sudah mengorbankan lebih 2,200 nyawa.
Televisyen Mesir dan agensi berita nasional MENA mengumumkan persetujuan itu malam tadi. Kedua-dua media itu menyatakan ia akan bermula pada 7 petang waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia) tanpa memberikan butiran lanjut.
Terdahulu, jurucakap Hamas dan Islamic Jihad, dua kumpulan utama yang memerangi Israel di Gaza, menyatakan satu gencatan senjata sudah dipersetujui.
Menurut mereka, gencatan senjata itu tiada tempoh khusus dan antara lain membabitkan persetujuan mengendurkan sekatan terhadap Gaza bagi membenarkan kemasukan bekalan dan bahan binaan ke wilayah itu.
Pihak Israel belum lagi memberi sebarang kenyataan. - AP
KEPULAN asap dan api menjulang dari rumah pemimpin Islamic Jihad, Nafez Azzam, di Rafah, selatan Gaza, yang menjadi sasaran serangan udara Israel semalam sebelum media Mesir mengumumkan gencatan senjata baharu antara Israel dan Palestin. |
KAHERAH: Media Mesir mengumumkan gencatan senjata antara Hamas dan Israel bagi menghentikan peperangan Gaza selama tujuh minggu yang sudah mengorbankan lebih 2,200 nyawa.
Televisyen Mesir dan agensi berita nasional MENA mengumumkan persetujuan itu malam tadi. Kedua-dua media itu menyatakan ia akan bermula pada 7 petang waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia) tanpa memberikan butiran lanjut.
Terdahulu, jurucakap Hamas dan Islamic Jihad, dua kumpulan utama yang memerangi Israel di Gaza, menyatakan satu gencatan senjata sudah dipersetujui.
Menurut mereka, gencatan senjata itu tiada tempoh khusus dan antara lain membabitkan persetujuan mengendurkan sekatan terhadap Gaza bagi membenarkan kemasukan bekalan dan bahan binaan ke wilayah itu.
Pihak Israel belum lagi memberi sebarang kenyataan. - AP
No comments:
Post a Comment