RABU, 27 OGOS 2014 @ 8:48 AM
Oleh Azran Jaffar
azran@bh.com.my
Selepas ditubuhkan tahun lalu, Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (Institute of Excellence for Islamicjerusalem Studies) (UUM-IEIJS) yang diwujudkan di Universiti Utara Malaysia, dirasmikan baru-baru ini.
Wartawan BH, Azran Jaffar, menemubual Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak, bagi mengetahui tugas institusi yang pertama di negara Islam dalam bidang ini dan kedua di dunia, iaitu bagaimana ia mampu memberikan kesan kepada konflik Palestin-Israel yang sudah berlanjutan hampir separuh abad.
S: Boleh Datuk jelaskan inisiatif penubuhan UUM-IEIJS.
J: UUM-IEIJS ditubuhkan sebagai pusat kecemerlangan yang akan menjalankan kajian menyeluruh dan meluas mengenai Baitulmaqdis kerana isu ini teras dan punca kepada banyak masalah di Asia Barat dan mungkin seluruh negara. Isu ini yang memisahkan Islam dengan bukan Islam serta antara isu paling lama bergolak dan sehingga kini masih gagal diatasi mana-mana pihak - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Negara Islam dan Liga Arab - kerana kerumitannya.
Isu ini turut berkait sewaktu Perang Dingin membabitkan percaturan kuasa besar. Hari ini ia menjadi lebih rumit apabila keseimbangan kuasa tidak wujud lagi menjadikan Israel bermaharajalela tanpa ada pihak yang boleh mengekang disebabkan kuasa besar terutama Amerika dan Eropah menyokong secara membuta tuli.
Ada banyak aspek yang boleh dikaji UUM-IEIJS bukan saja dari segi geopolitik tetapi juga hubungan antarabangsa dan strategik selain soal perbandingan agama kerana di sini tempatnya berlaku pertembungan agama Samawi. Kajian konflik geopolitik juga berkait soal tamadun, bahasa dan kita tahu di seluruh dunia hari ini, Yahudi cuma ada tujuh juta orang tetapi institusi pengajian Yahudi/Hebrew boleh dikatakan ada di hampir kesemua universiti ternama dunia. Bagaimanapun, masalah umat islam yang berpunca dari Baitulmaqdis dan dunia Islam tidak mempunyai satu institusi yang khusus. Justeru perlu kita menguatkan keupayaan intelektual.
Kita tahu negara Eropah seperti England yang menjajah negara Asia dan Afrika menubuhkan School of Asia and African Studies untuk mengkaji budaya, bangsa, psikologi, politik, sistem dan perkara berkaitan mengenai bangsa ini supaya golongan intelektual mereka menyediakan input kepada penggubal dasar dan mereka berkaitan sebelum menjalankan tugas.
Kita lihat dalam dunia Islam hari ini, kita tak ada kekuatan ilmiah dan dari segi intelektual yang belum diperkasakan. Universiti kita lebih cenderung melihat dan mengkaji perkara yang kebanyakan dibuat di Barat. Kajian yang boleh membantu kita untuk menguatkan kapasiti intelek dalam berdepan dengan pelbagai pihak, kita sendiri tak buat. Oleh sebab itu kita lihat kenapa orang Yahudi yang hanya tujuh juta boleh menguasai dunia kerana mereka menguasai ilmu pengetahuan dan mereka mengkaji secara mendalam mengenai psikologi, pemikiran dan politik yang membolehkan mereka tahu bagaimana orang lain berfikir.
Sudah sampai masanya kita menyediakan sebuah institusi seperti ini di waktu kita menyokong kuat rakyat Palestin dan pembebasan Baitulmaqdis
S: Bagaimana pula dengan kajian yang dijalankan, ke mana ia akan dibawa?
J: Bila kita buat ini, kita nak kumpulkan tenaga pakar dan intelektual. Kita perlu membuat kajian dan menulis untuk disebar luaskan, memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai isu ini. Ini kerana, apabila timbul isu dan sebagainya kita tak ada hujah nak membalas. Oleh itu apabila kita buat kajian kita tahu banyak isu dan masalah yang berlaku di Tebing Barat, Gaza. Kita akan ada dokumen bertulis secara ilmiah untuk kita berhujah di peringkat antarabangsa untuk membela dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Disebabkan itu UUM-IEIJS mesti mengumpul dan dan buat kajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah supaya boleh didokumenkan dan disebar luas untuk tingkatkan pemahaman. Bila ada pemahaman akan ada kesedaran dan selepas itu ada tindakan. Kita dapat beritahu dunia bahawa isu Palestin bukan isu Islam dan Yahudi tetapi isu berkaitan keadilan antarabangsa, hak asasi dan tindakan pencerobohan pihak lain terhadap satu bangsa yang merdeka dan berdaulat yang mana akibat daripada itu mereka pula yang dituduh sebagai pengganas.
Segala masalah di Timur Tengah berkait dengan soal ini. Sebab itu kita lihat jika isu ini dapat diatasi dan difahami, barangkali satu daripada punca krisis konflik yang penting di dunia dapat ditangani dengan baik.
Isu ini sudah berlanjutan sehingga 48 tahun, sejak tahun 1967 dan juga dari segi sejarah sejak zaman Khalifah Umar Al-Khattab lagi. Baitulmaqdis menjadi perebutan tiga agama sehingga berlakunya Perang Salib sejak beribu tahun. Baitulmaqdis isu tiga kelompok manusia yang penting di dunia. Orang Islam hanya bercakap tetapi tidak pernah buat kajian dan tidak mendalami sehingga kita terpaksa rujuk ke Barat yang membuat kajian dan menjadi pakar. Kita tidak menjadi pakar hal kita sendiri, isu yang dekat dengan umat Islam.
S; Bagaimana dengan program yang akan dilaksanakan?
J; Kita ada program sarjana dan doktor falsafah selain program kerja kursus untuk beri kuliah, beri kefahaman. Kalau kita lemah dari segi keupayaan intelek, ini kerana kita tidak mendalami masalah ini dan kita mungkin gagal membantu menyelesaikan masalah Palestin. Ia tidak boleh diperjuangkan dengan semangat saja tetapi juga dengan ilmu. Pelajar juga tak semestinya ke Baitulmaqdis kerana kita akan bawa pelajar Palestin ke sini. Kita sudah ada biasiswa, jadi mereka yang buat kajian yang boleh ditulis dalam bahasa Arab, Inggeris atau Melayu. Kita akhirnya akan jadi tempat tumpuan untuk mendalami kajian dalam bidang ini.
Pelajar adalah dari luar dan pelajar tempatan. Kita juga sudah menghubungi beberapa negara rakan kita untuk hantar pelajar selain bekerjasama dengan institusi antarabangsa seperti Istanbul Zaim University. Turki akan bekerjasama dengan kita dan mereka juga penting kerana mereka adalah negara Islam yang ada hubungan diplomatik dengan Israel. Kita perlukan rakan kerja yang bersifat antarabangsa.
Walaupun baru setahun ditubuhkan kita sudah bergerak. Bekas dua Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohamad yang merasmikan UUM-IEIJS dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memberi ucaptama pada Wacana Intelek penubuhan UUM-IEIJS memberikan kekuatan kepada institusi ini. Selepas ini kita akan sebar luaskan bahawa sudah ada institusi yang menguruskan isu Palestin dan membantu memahamkan masyarakat mengenai isu Palestin. Kita ada banyak NGO yang membantu Palestin tetapi kajian tak ada... siapa yang kaji apa hujah Israel, bagaimana perancangan Israel, strategi untuk luaskan wilayah... ini semua berkaitan strategi. Kalau tak ada ilmu... tentera nak pergi perang bukan bawa senapang saja kita kena kaji keupayaan musuh juga.
S: Isu Palestin sudah berlarutan hampir 50 tahun dan PBB atau OIC dilihat tidak mampu menyelesaikannya, bagaimana UUM-IEIJS dapat berfungsi terhadap konflik ini?
J: UUM-IEIJS bersifat ilmiah jadi ia tidak perlu sampai ke tahap seperti badan berkenaan dan kita juga tidak ada ada masalah jika tidak mendapat kerjasama organisasi besar. Di peringkat universiti, ilmuan kita boleh bekerjasama tak ada halangan. Bila ada kajian kita ada input yang banyak dan kita boleh beri kepada siapa yang hendak, termasuk wakil yang hendak berhujah di forum antarabangsa. Kita hendak terbitkan dan media harus bantu kita sebar luas... apa punca, apa isu, apa yang tidak adil, apa perancangan jahat mereka, bagaimana Barat membantu... ini semua kajian membabitkan punca masalah di Timur Tengah.
S: Apa yang membezakan UUM-IEIJS dengan institusi sama yang terdapat di University of Aberdeen di Scotland?
J: Cuba kita tanya kenapa orang Barat berminat menubuhkan institusi sebegini sedangkan ia tiada kena mengena dengan mereka dan ini menunjukkan mereka menghargai ilmu dan pengetahuan. University of Aberdeen adalah antara universiti yang mempunyai Fakulti Pengajian Islam terbaik di dunia dan banyak sarjana Islam ke sana untuk belajar mengenai Islam. Kenapa kita sebagai negara islam dan hendak menjadi contoh tak nak buat. Justeru inilah dilakukan UUM supaya akan ada kekuatan dan menjadikan Malaysia sebagai tempat tumpuan untuk orang mengkaji isu mengenai Timur Tengah, orang Islam dan agama Islam. Kita juga bekerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) supaya mereka dapat sebar luaskan bidang ini kerana mereka ada media yang boleh sampai kepada massa, selain menerbitkan banyak buku dan makalah. Kita juga akan bekerjasama dengan semua pihak.
S: Kita ada banyak wacana dan perbincangan mengenai Palestin tetapi kita lihat ia habis di situ saja. Bagaimana UUM-IEIJS dapat pergi lebih jauh?
J: Jika dilihat memang ada kebenaran terhadap perkara ini, tetapi sekurang-kurangnya ada penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat baru. Ini akan jadi bahan untuk dikaji. Kita tak tahu berapa lama perjuangan ini akan berlangsung jadi kita kena bina kekuatan intelektual untuk kita fahami isu yang sangat penting di dunia yang bukan saja membabitkan orang Islam tetapi juga bukan Islam. Isu ini telah memecahbelahkan dunia. Kita perlu sesuatu yang mampu menjadi pangkalan data kepada maklumat mengenai Baitulmaqdis. Macam sejarah, kalau kita tak kaji sejarah bangsa sendiri kita tak tahu kehebatan kita. Kita kena ingat ada perspektif Palestin yang dikaji orang Yahudi berdasarkan kepentingan mereka dan kita tak tahu sama ada mereka jujur dan tidak boleh membaca dari perspektif mereka.
S: Sejauh mana penubuhan UUM-IEIJS memberi kesan kepada kecemerlangan UUM?
J:UUM sebagai universiti pengurusan kita melihat misalnya, pengurusan perniagaan, perdagangan bukan saja dari aspek mengurus negara dan hubungan antarabangsa, tetapi masalah juga. Kita tidak boleh mengurus kalau tak ada ilmu. Sebab itu kita tubuhkan IEIJS-UUM untuk membolehkan isu ini ditangani dengan baik dan berkesan. Rakyat Palestin sendiri, mereka tidak ada kekuatan untuk mengkaji dan mengembangkan ilmu ini kerana mereka sedang berperang. Sarjana mereka juga tidak boleh tinggal di sana. Jadi siapa yang nak buat kajian? Kita yang diberikan Tuhan negara yang aman dan ada keupayaan serta sarjana yang ramai kena kaji kenapa Yahudi yang kecil boleh menaja institusi mereka ke seluruh dunia di universiti terkemuka dunia. Amat aneh kalau kita tidak menubuhkan institusi yang mengkaji isu yang dekat dengan kita.
Baitulmaqdis jadi rebutan antara Palestin dan rejim haram Israel |
Profesor Datuk Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak |

No comments:
Post a Comment