Wednesday, 27 August 2014

Israel-Hamas setuju gencatan senjata terbaharu

RABU, 27 OGOS 2014 @ 9:21 AM

PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas mendoakan mereka yang terkorban dalam serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza selepas berakhir sidang akhbar yang mengumumkan persetujuan gencatan senjata terbaharu bagi mengakhiri peperangan tujuh minggu di Gaza.
 
SEMENANJUNG GAZA: Israel dan Hamas hari ini mengumumkan mereka mempersetujui gencatan senjata terbaharu bagi mengakhiri peperangan tujuh minggu di Gaza yang sudah meragut nyawa lebih 2,200 orang yang kebanyakannya penduduk Palestin.

Gencatan senjata itu berkuatkuasa jam 7 malam waktu tempatan Gaza (1600 GMT), namun keganasan masih dilaporkan berlaku sehingga minit terakhir gencatan dimulakan.

Di Israel, serangan mortar yang ditembak dari Gaza dilaporkan membunuh seorang lelaki dan dua lagi parah.

Di Gaza, polis melaporkan serangan udara Israel menyebabkan satu bangunan tujuh tingkat runtuh di Pekan Beit Lahiya, iaitu bangunan tertinggi keenam diserang sejak minggu lalu.

Letupan roket Israel masih kedengaran di Gaza biarpun selepas pengumuman gencatan senjata dibuat. - AP

No comments:

Post a Comment