Wednesday, 27 August 2014

Israel sasar bangunan tinggi pula


Jurucakap petugas kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, serangan yang dilancarkan pada awal pagi itu meragut nyawa dua lelaki di kejiranan Al-Nafaq. 
Pesawat tentera Zionis dilaporkan mengebom bangunan 16 tingkat di kejiranan Nasser menyebabkan 25 orang cedera. 

Menurut saksi tentera udara Israel itu melancarkan sekurang-kurangnya enam roket ke arak blok menara bangunan yang menempatkan 60 buah apartmen serta kompleks komersial termasuk puluhan kedai menyebabkan ia musnah sama sekali.
Foto
PENDUDUK Palestin melihat runtuhan bangunan 16 tingkat selepas ia ranap dalam serangan terbaru Israel, semalam.
Foto
KEPULAN asap memenuhi ruang udara Gaza, semalam, pemandangan biasa di wilayah Palestin setiap kali Israel mengebom wilayah Palestin itu sejak 8 Julai lalu.

Menurut saksi lain, penghuni bangunan berkenaan meninggalkan kediaman masing-masing selepas Israel mengeluarkan amaran akan mengebomnya.

“Tentera Israel mengarah mereka untuk mengosongkan bangunan itu segera menyebabkan ramai bertempiaran lari mencari perlindungan,” katanya. 

Tidak lama selepas itu, bangunan Al-Basha setinggi 14 tingkat pula menjadi sasaran tentera Zionis, menyebabkan bangunan di kejiranan Rimal itu rosak teruk dan mencederakan 15 orang lagi. 

Tentera Yahudi mengesahkan mereka melakukan 15 serangan udara ke arah sasaran, termasuk bangunan yang didakwanya menjadi ‘pusat operasi Hamas’. 

Serangan jet Zionis itu juga mensasarkan dua sekolah di tengah dan utara Gaza. 

Briged Izudin Al-Qassam dalam satu kenyataannya berkata, mereka melancarkan serangan balas ke arah Tel Aviv dan pelabuhan Haifa di utara. 

Sejak keganasan Israel bermula 8 Julai lali, seramai 2,137 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam dan 40 peratus daripada mereka kanak-kanak.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

No comments:

Post a Comment