KAHERAH 7 Ogos - Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah telah dimulakan sejak gencatan senjata selama 72 antara pergerakan Hamas dan Israel dikuatkuasakan, kelmarin, lapor Kementerian Hal Ehwal Luar Mesir.
Portal berita tempatan, Daily News Egypt yang memetik kenyataan jurucakap kementerian terbabit, Badr Abdelatty berkata, bantuan itu diuruskan oleh kerajaan Mesir sendiri melibatkan penghantaran kira-kira 1,200 tan bekalan ubat-ubatan dan makanan.
Badr berkata, sejak sempadan Rafah dibuka, seramai 3,500 orang dari Gaza memasuki Mesir dan 2,000 lagi dari arah sebaliknya.
"Kerajaan Mesir turut mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana negara untuk disalurkan ke Gaza melalui Rafah," katanya.
Dalam pada itu, Turki dilapor meminta kebenaran Israel dan Mesir untuk menggunakan ruang udara mereka bagi menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.
Menteri Luar Turki, Ahmet Adem Altan berkata, Ankara juga bersedia membawa keluar penduduk Gaza yang cedera akibat serangan Israel.
Jelasnya, Turki sudah menghantar sejumlah besar bantuan perubatan ke Gaza termasuk bekalan antibiotik, peralatan pembedahan dan ubatan lain.
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) turut menghantar bantuan makanan, selimut, dapur, ubat-ubatan ke Gaza melalui 17 penerbangan dari Dubai menggunakan pesawat Boeing 747 dan C130.Kesemua bantuan itu dibawa ke Jordan sebelum dihantar ke Gaza menggunakan trak.
Negara-negara Eropah juga menunjukkan keprihatinan terhadap penderitaan Gaza apabila Itali menghantar khemah, selimut, generator kuasa dan bekalan air bersih.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140808/lu_06/Misi-kemanusiaan-anjuran-Mesir-ke-Gaza-bermula#ixzz39kJ10vOg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment