Ia adalah rutin harian sejak lebih 17 hari lalu.
“Mereka mahu keluar rumah,” katanya.
Fatima, 47, dan cucunya adalah antara penduduk Gaza yang terpaksa berhimpit-himpit di sebuah apartmen berhampiran sejak Israel mula menyerang wilayah berkenaan lebih dua minggu lalu. Lebih 100,000 penduduk Gaza terpaksa meninggalkan rumah masing-masing apabila rejim Zionis melancarkan serangan ganas ke situ 8 Julai lalu.
Sehingga semalam lebih 800 orang warga Palestin terbunuh dan lebih 4,000 lagi cedera. Suasana di taman itu memang aneh.
Ketika dron Israel terbang di udara, puluhan kanak-kanak bermain air di kolam berhampiran.
MATAHARI menyinari bandar Gaza pagi semalam ketika serangan ganas rejim Zionis terus berlangsung di situ.
PENDUDUK Gaza berkumpul di Masjid al-Farouk yang rosak teruk terkena serangan udara Israel di Rafah semalam. |
Deraian ketawa mereka menunjukkan seolah-olah di situ ada dunia tersendiri dan terpisah daripada perang yang mengganas.
Golongan dewasa memerhati kanak-kanak itu, manakala sesetengahnya menyidai kain di ampaian yang memisahkan taman berkenaan dengan jalan raya.
Dari jauh terdengar bunyi bom dilancarkan sebelum meledak. Di satu kerusi berhampiran Moneer al-Ballawi, 32, menghabiskan masa menghantar mesej pesanan ringkas sambil menghirup udara segar. “Lega rasanya dapat melihat kanak-kanak ketawa semula.
“Sudah lama saya tak melihat suasana ini di Gaza,” katanya. Namun itu bukanlah kelegaan sebenarnya untuk Moneer.
Dia masih berharap bank berhampiran memiliki simpanan mencukupi bagi membolehkan dia mengeluarkan wang - perbuatan yang tidak dapat dilakukan sejak perang bermula. Tidak jauh dari situ orang ramai beratur panjang sambil menjerit-jerit marah.
Moneer teragak-agak untuk menyertai mereka. “Saya sangat perlukan wang sekarang tetapi barisan di sana terlalu panjang,” katanya. Menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi, pada waktu biasa penduduk Gaza akan berbelanja membeli makanan atau hadiah.
“Kali ini tiada Aidilfitri di sini.
“Kematian dan kesedihan terlalu banyak,” katanya. Di bahagian lain di Gaza keadaan jauh lebih teruk. Yahia Hanadi al-Kafarna, 24, melarikan diri bersama keluarganya dari rumah mereka di Beit Hanoun, utara Gaza, ke kawasan hospital.
Mendapati ia belum cukup selamat Yahia dan keluarganya berpindah pula ke sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum beralih lagi ke kawasan Rimal. Ada 70 orang berlindung di pusat perlindungan itu - tanpa kemudahan elektrik atau bilik mandi.
Mereka terpaksa berkongsi satu tandas. Bekalan minyak yang tidak menentu serta kerosakan grid tenaga akibat perang menyebabkan Gaza cuma menikmati elektrik antara satu atau dua jam sehari. Kata Yahia, kesengsaraan mereka di situ tidak dapat digambarkan.
“Kami hanya bergantung kepada biskut, roti pita dan kacang dalam tin untuk mengalas perut,” katanya. Dia juga tidak bertemu tunangnya, Ibrahim Fayyed, 27, sejak mereka meninggalkan rumah.
Kata Yahia, dia sepatutnya bernikah pada 13 Ogos ini namun dengan keadaan semasa, kemungkinan besar tarikh itu akan berlalu begitu saja. Kembali ke Taman al-Jundi al-Majhoul yang terletak di Jalan Umar al-Mukhtar, Fatima menyatakan kebimbangan terhadap orang yang disayangnya.
Dia tidak bercakap dengan anak lelakinya sejak mereka meninggalkan rumah di kejiranan Zeitoun di timur Gaza akibat dibom Israel.
Telefon bimbit mereka pula tidak berfungsi dan dia bersedia untuk sebarang berita yang tidak diingini. “Apa lagi yang dapat saya buat kecuali berdoa semoga mereka selamat,” katanya. Ditanya sama ada dia bersetuju gencatan senjata dilakukan, Fatima berkata, dia menyokong sebarang tindakan yang tidak menggadaikan maruah Palestin. “Biar saya bertanya kepada anda: Jika tentera asing datang ke Amerika dan menjajah negara anda, adakah anda akan berdiam diri? “Keadaan sama kami alami di sini. Kami tidak boleh hidup dalam kehinaan seperti ini.
“Lebih baik mati bermaruah daripada hidup hina,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment