- Kebiadapan rejim Zionis melancarkan satu bedilan setiap 10 minit di Gaza meningkatkan angka korban setiap hari.
Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra, wanita berusia 23 tahun itu terbunuh namun anaknya dapat diselamatkan.
"Serangan kelmarin meragut hampir 100 nyawa penduduk Palestin dan menjadikannya salah satu hari paling berdarah sepanjang konflik berlangsung," katanya kepada DPA.
Difahamkan, rejim Zionis melancarkan satu bedilan setiap 10 minit hingga memaksa penduduk tempatan lari menyelamatkan diri dan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 16 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terkorban selepas sebuah sekolah PBB yang dijadikan tempat perlindungan dibedil.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang menerima berita itu meluahkan rasa terkejut berikutan kesanggupan rejim Zionis membedil Agensi
Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) yang menjadi tempat perlindungan ratusan penduduk wilayah bergolak itu. -
No comments:
Post a Comment