Saturday, 26 July 2014

Bantahan berdarah


26 Julai 2014


GENTING GAZA - PALESTIN. Protes besar-besaran di Tebing Barat bertukar maut selepas dua penunjuk perasaan Palestin terbunuh dan puluhan yang lain cedera dalam pertempuran bersama polis Israel di utara Baitulmaqdis.

Doktor di Hospital Ramallah memaklumkan, pihaknya menerima ramai pesakit yang mengalami luka terbakar dan kini amat memerlukan penderma darah.

Semalam, bahagian jalan utama antara bandar Ramallah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dipenuhi batu yang dibaling pemuda Palestin ke arah tentera Isreal.

Menurut aktivis Palestin dan radio Israel, bantahan tersebut adalah yang terbesar sejak akhir pemberontakan Palestin pada tahun 2000 hingga 2005 lapor Agensi.

Sementara itu, Setiausaha Amerika Syarikat John Kerry kini berada di Kaherah dalam percubaan kali keduanya untuk menamatkan pertumpahan darah di mana usahanya memfokuskan kepada gencatan senjata selama seminggu dan menyelesaikan sekatan Gaza serta pertikaian lain.

Sebelum ini, kumpulan Hamas menolak cadangan Mesir dan menegaskan sebarang genjatan senjatan perlu mengandungi jaminan ke atas sekatan di Genting Gaza yang telah disekat Israel selama lapan tahun.

Difahamkan, usaha antarabangsa untuk mencapai genjatan senjata di Genting Gaza kini semakin menghampiri titik penting.

Selama hampir setengah abad, Israel berjaya menolak tuntutan Palestin dan negara antarabangsa untuk melepaskan cengkaman ke atas Tebing Barat sekali gus jelas menunjukkan Tel Aviv tetap meneruskan niat jahat ingin merampas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

No comments:

Post a Comment