Di Pakistan, Perdana Menteri Nawaz Sharif mengumumkan semalam sebagai Hari Hitam untuk mengenang kekejaman dilakukan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.
Ia juga dibuat sebagai tanda solidariti Pakistan dengan penduduk Gaza.
Selain mengumumkan bantuan lebih RM3 juta, Nawaz juga mengarahkan bendera di negara itu dikibarkan separuh tiang.
Di Dhaka pula umat Islam Bangladesh mengambil inisiatif sendiri untuk mendoakan keselamatan Palestin serta memberi kesedaran orang ramai mengenai isu berkenaan.
Jutaan masyarakat Islam Bangladesh membanjiri masjid setempat untuk mendirikan solat hajat.
Antara perhimpunan terbesar ialah di Masjid Baitul Mukarram di tengah Dhaka.
Dalam khutbahnya, imam Maulana Mohammad Salauddin berkata, ketika ini umat Islam di seluruh dunia, terutama di Palestin terus diseksa.
“Yahudi dan Kristian bersatu menyerang masyarakat Muslim.
“Kita sebagai umat Islam tidak mempunyai pilihan lain selain bersatu dan memperteguhkan iman dalam menghadapi perkara ini,” katanya.
Sementara itu di Teheran, pemimpin utama negara itu menyertai orang ramai berarak memperingati Hari al-Quds yang disambut setiap Jumaat terakhir Ramadan.
Dalam khutbah Jumaat disampaikan Ayatollah Ahmad Khatami, Muslim sedunia digesa bersatu menentang Israel.
Dalam khutbah Jumaat disampaikan Ayatollah Ahmad Khatami, Muslim sedunia digesa bersatu menentang Israel.
“Kita harus bersatu memberi tekanan kepada kerajaan agar memboikot rejim ini,” katanya.
Protes dan sokongan turut disuarakan di beberapa tempat lain, termasuk Mumbai, India, Chiapas, Mexico dan Brussels, Belgium.
SEBAHAGIAN penduduk Palestin mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Faruq yang rosak teruk akibat serangan tentera Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.
No comments:
Post a Comment