LOS ANGELES - Aktres jelita, Selena Gomez mempertahankan pendiriannya tentang situasi rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan daripada Israel, baru-baru ini.
"Bagi menjelaskan hal ini, saya tidak memihak kepada sesiapa. Saya cuma mendoakan supaya semuanya kembali aman dan hak-hak kemanusiaan terbela," katanya menerusi mesej di laman web, Instagram.
Sebelum ini, Gomez menyiarkan mesej 'Doakan Untuk Gaza' dalam laman web tersebut yang menyebabkan para peminatnya mengancam untuk tidak mengikutinya di laman web itu kerana Gomez dilihat memihak kepada Palestin.
Gomez juga dilaporkan pernah mengulas tentang Perdana Menteri Israel, Bejamin Netanyahu yang mengarahkan tenteranya menyerang Gaza dari arah laut dan udara dalam usaha memusnahkan pergerakan Hamas yang mengakibatkan beratus-ratus rakyat Palestin terbunuh, termasuk kanak-kanak.
Beberapa selebriti lain seperti Rihanna dan pemain bola keranjang, Dwight Howard juga pernah mencetuskan kontroversi berhubung isu tersebut, menurut laman web, mtv.com. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140726/lu_09/Palestin-Selena-Gomez-tidak-berganjak#ixzz38WStsoFg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment