Saturday 26 July 2014

Mesej amaran khas serangan roket di telefon bimbit


26 Julai 2014


BAITULMAQDIS - Penduduk di Tel Aviv akan menerima mesej amaran menerusi telefon bimbit dari Ketua Tentera Israel setiap kali roket akan dilancarkan ke Gaza, mulai semalam.

Akhbar Haaretz difahamkan, sistem yang mendapat sokongan daripada syarikat telefon bimbit Orange, Pelephone dan Cellcom ini turut akan menghantar mesej amaran ke sekitar kawasan di mana siren roket tidak diaktifkan.

Selain daripada amaran siren, penduduk Israel juga akan mengetahui tentang serangan roket menerusi pengumuman radio dan televisyen selain menukar ke stesen radio khas pada waktu malam yang tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi kecuali jika terdapat isyarat bahaya.

Selain itu, beberapa aplikasi turut disediakan untuk memberi amaran kepada rakyat mengenai serangan roket dan kedudukan bom yang paling hampir dengan mereka. 

No comments:

Post a Comment