Monday, 28 April 2014

PM Palestin tawar letak jawatan

Rami Hamdallah
 Hamdallah 
27 April 2014RAMALLAH - PALESTIN. Perdana Menteri Palestin kelmarin menawarkan untuk meletak jawatan bagi membuka jalan perpaduan antara Presiden Mahmoud Abbas dan Hamas.

Tawaran Rami Hamdallah dibuat sehari selepas Israel menggantung rundingan damai dengan Palestin kerana berpendapat rundingan tidak dapat dibuat bersama pentadbiran merangkumi kumpulan militan yang telah bersumpah untuk kemusnahan Israel.

"Saya mengemukakan peletakan jawatan ini dan kerajaan kini terletak di tangan anda pada bila-bila masa yang anda mahu,"katanya kepada Abbas yang dipetik media WAFA.

Hamdallah yang berperanan terhadap urus tadbir negeri pernah menawarkan peletakan jawatan tahun lalu, namun keputusan berkenaan ditarik semula tidak lama kemudian.

Pakatan pendamaian yang dipersetujui antara Hamas dan parti Abbas Fatah pada Rabu lalu menjangkakan kebebasan kerajaan teknokrat dalam tempoh lima minggu dan mengadakan pilihan raya enam bulan kemudian, laporan dipetik dari Al Jazeera.

Palestin tetap iktiraf Israel - Abbas


Penduduk Palestin kurang upaya turut meraikan perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan Palestin di Gaza City pada 24 April lalu. - AFP
RAMALLAH 27 April - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) membayangkan kerajaan perpaduan yang dipersetujui dengan pergerakan Hamas akan tetap mengiktiraf Israel dengan beliau kekal komited kepada perjanjian damai tajaan Amerika Syarikat (AS), yang kini berdepan masalah.
Kenyataan Abbas itu dibuat bagi mengurangkan kebimbangan AS tentang tindakan pemimpin Fatah berkenaan menandatangani perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Hamas pada Rabu lalu, hingga mengakibatkan Israel menangguhkan rundingan damai dengan Abbas.
"Kerajaan akan berada di bawah arahan dan polisi saya. Skop kerajaan itu pula adalah tentang apa yang berlaku di dalam negara.
"Saya mengiktiraf Israel dan kerajaan juga akan mengambil tindakan serupa. Saya menolak keganasan,'' katanya kepada pemimpin-pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di ibu pejabat Presiden di bandar Tebing Barat yang diduduki Israel di sini, semalam.
Hamas dan Fatah mencapai perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu akan datang dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh kira-kira enam bulan selepas pembentukan kerajaan tersebut.
Bagaimanapun, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, pergerakan itu sama sekali tidak akan mengubah pendirian mereka berhubung Israel iaitu mereka tidak akan sama sekali mengiktiraf Israel
Abbas dalam pada itu berkata, beliau terbuka untuk meneruskan rundingan damai dan bersedia untuk melanjutkan perbincangan dengan Israel, walaupun melepasi tarikh tamatnya rundingan, dengan syarat Israel memenuhi syarat yang dituntut mereka sebelum ini.
"Bagaimana boleh kita memulakan semula rundingan ini? Sepatutnya tiada halangan bagi kami untuk memulakan semula perbincangan itu, namun 30 tahanan Palestin perlu dibebaskan (terlebih dahulu).... dan setelah pelan kami dipersetujui, kesemua aktiviti penempatan haram Yahudi mesti dihentikan sepenuhnya,'' katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Rami Hamdallah menawarkan diri untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada penubuhan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah.
Tindakan Rami turut disambut baik Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh yang menyatakan kesediaannya meletak jawatan di Gaza, kata seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat, Sheikh Hassan Yousef kepada Press TV. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140428/lu_01/Palestin-tetap-iktiraf-Israel---Abbas#ixzz3082RUaSb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 26 April 2014

180 tahanan Palestin mogok lapar

180 tahanan Palestin mogok lapar
Tahanan di penjara Megiddo turut melancarkan mogok lapar. 
26 April 2014
RAMALLAH - PALESTIN. Kira-kira 180 tahanan Palestin di beberapa penjara Israel melancarkan mogok lapar secara serentak sebagai protes kerana dipenjarakan tanpa melalui proses perbicaraan yang adil.

Timbalan Hal Ehwal Banduan Palestin, Ziad Abu Ain berkata, kesemua tahanan tersebut nekad untuk meneruskan tindakan itu sehingga mereka dibebaskan.

Sementara itu menurut laporan Press TV, peguam Samer Smaan memaklumkan seramai 55 tahanan di penjara Ofer telah diasingkan selepas mereka memulakan mogok lapar.

Februari lalu, Kementerian Banduan Palestin melaporkan hasil keputusan bancian mereka menunjukkan lebih 4,800 tahanan Palestin kini dipenjarakan di 17 pusat tahanan di Tel Aviv.

Israel henti rundingan dengan Palestin


Dari kiri, ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmed, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan timbalan pemimpin Hamas, Musa Abu Marzuk menyatakan persetujuan membentuk kerajaan perpaduan dalam rundingan di Gaza City, Rabu lalu. - AFP
BAITULMAQDIS 25 April - Israel menghentikan sebarang proses rundingan dengan pihak berkuasa Palestin ekoran perjanjian perpaduan yang dicapai antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hamas, ketika rundingan damai tajaan Amerika Syarikat (AS) menghampiri tarikh tamatnya pada 29 April ini.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam perjanjian antara PLO dan Hamas itu dengan menyifatkan tindakan berkenaan ‘membunuh keamanan' namun pegawai kanan Palestin, Saeb Erakat sebaliknya menuduh kegagalan itu berpunca daripada aktiviti penempatan haram Yahudi.
"Pakatan dengan pergerakan Hamas membunuh keamanan,"kata Netanyahu kepada televisyen NBC sejurus Kabinet Israel selesai bermesyuarat, semalam.
Mesyuarat keselamatan Kabinet Israel, sebelum itu memutuskan bahawa mereka ‘tidak akan berunding dengan pegawai kerajaan Palestin yang disokong Hamas, sebuah pertubuhan ‘keganasan’ yang menyokong kemusnahan Israel.
Malah, Kabinet Israel turut berjanji ‘akan mengambil langkah-langkah’ sebagai tindakan balas terhadap kerajaan perpaduan Palestin itu tanpa mendedahkan sebarang butiran.
Langkah-langkah baharu itu menyusul selepas sekatan kewangan diumumkan pada bulan ini berikutan tindakan Palestin memohon untuk menyertai 15 organisasi antarabangsa.
Sementara itu, Erakat berkata, kerajaan Netanyahu telah diminta untuk memilih antara keamanan dan penempatan haram Yahudi sejak bertahun-tahun lalu dan beliau memilih penempatan haram Yahudi tersebut.
Kepemimpinan Palestin, katanya akan melihat kepada sebarang kemungkinan bagi bertindak balas kepada keputusan kerajaan Israel yang menentang pihak berkuasa Palestin.
Dalam perkembangan berasingan, Ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi dalam satu kenyataan berkata, liga itu ‘menyokong penuh Pre­siden Palestin, Mahmoud Abbas dalam menghadapi sebarang tekanan yang dikenakan ke atasnya oleh Israel.
Rabu lalu, pemimpin pergerakan Hamas dan PLO mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu akan datang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140426/lu_03/Israel-henti-rundingan-dengan-Palestin#ixzz2zwA4iTK1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 25 April 2014

Israel mula rasa tergugat


25 April 2014


TEL AVIV - Israel mula rasa tergugat selepas gerakan Hamas dan Fatah mencapai persetujuan menubuhkan kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu lagi.

Susulan daripada perkembangan positif itu, Tel Aviv bertindak membatalkan mesyuarat bersama Palestin.

Jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu keputusan terbaharu itu kononnya memberi kesan kepada proses rundingan damai yang sedang berlangsung ketika ini.

Bagaimanapun, Ketua Perunding PA, Saeb Erakat memaklumkan tiada sebarang tarikh ditetapkan berhubung mesyuarat susulan berkaitan proses damai terbabit seperti yang didakwa Israel.

"Kami hanya terlibat dengan pertemuan bersama wakil Amerika Syarikat, Martin Indyk di Ramallah," jelasnya yang dipetik Press TV

Media barat manipulasi perjuangan Palestin


perjuangan Palestin
ISTANBUL- TURKI.  Menganjurkan forum untuk media adalah sesuatu perkara yang biasa, namun bagi Forum Antarabangsa Palestin untuk Media dan Komunikasi, ia dianggap unik kerana berjaya menarik kira-kira 400 peserta dari dunia Islam dan negara lain untuk berkumpul di bawah satu bumbung dan merungkai isu-isu mengenai laporan perjuangan rakyat Palestin.
Peserta bukan sahaja didedahkan dengan ceramah, bengkel dan seminar tetapi juga sesi latihan untuk membolehkan mereka lebih bersedia dengan media baharu dan bagaimana mengendalikan dengan lebih berkesan demi memastikan penggunaan dan pengaruh yang maksimum dalam menangkis laporan media barat, yang disifatkan penceramah, tidak melaporkan kebenaran tentang perjuangan rakyat Palestin.
Forum dua hari yang berakhir di sini hari ini, membuka peluang untuk mengadakan dialog yang bermanfaat, penilaian objektif dan kritikan membina mengenai pelbagai pengalaman media yang membantu memperbaiki dan membimbing prestasi media berkaitan Palestin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Fayed Abu Shammala ia mengambil masa yang lama untuk menyediakan acara itu dari segi membina data dan cubaan untuk mendapatkan semua peserta serta pertubuhan dan tokoh-tokoh media untuk bercakap mengenai isu Palestin, namun ia adalah berbaloi.
Beliau berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa isu lain rantau ini, mesej mengenai perjuangan Palestin tidak dapat "disampaikan", dengan menyatakan bahawa media antarabangsa berpuas hati dengan apa yang berlaku dan tidak melakukan secukupnya untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa.
"Kita perlu membina rangkaian ini untuk memulakan secepat mungkin.

Mesej rakyat Palestin berada di bawah sekatan antarabangsa dan orang ramai tidak tahu apa yang sedang berlaku, terdapat kematian, kebuluran di Palestin. Palestin dikepung untuk bertahun-tahun lamanya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Beliau berkata forum itu menyediakan platform kepada peserta untuk berkomunikasi dan membina hubungan antara media atau pertukaran idea bagi meningkatkan profesion dan organisasi mereka.
"Tetapi apa yang paling penting adalah para peserta perlu berkomunikasi walaupun selepas berakhirnya forum.

Mereka harus mengikuti dan melakukan dengan terbaik untuk membina hubungan peribadi atau dua hala," katanya.
Mengenai pemilihan Istanbul sebagai lokasi forum itu, beliau berkata ini kerana Istanbul adalah tempat yang mudah untuk diakses bagi kebanyakan peserta.
"Ia adalah tempat yang baik untuk permulaan forum ini kerana kami mahu ramai orang mengambil bahagian sama ada dari barat dan juga timur. Kami mahu peserta dari dunia Arab, Eropah dan Amerika.

Kami tidak mahu hanya peserta dari satu tempat yang datang," katanya.

"Kami percaya bahawa Palestin adalah isu untuk perpaduan, terutama di negara Arab dan Dunia Islam. Kami berharap dengan membawa masuk ramai orang luar, ia akan membantu kami mendapat akses kepada masyarakat antarabangsa, memberitahu mereka mengenai ketidakadilan di Palestin," katanya.
Abu Shammala turut berharap agar forum itu yang dianjurkan Kelab Media Palestin, asas bagi penyelidikan politik, ekonomi dan sosial; dan Middle East Monitor (MEMO) pertubuhan yang memberi liputan yang fokus dan komprehensif mengenai Palestin dan negara jiran serantau, boleh diadakan setiap tahun.
Peserta dan penceramah berasal dari pelbagai negara seperti Mesir, Palestin, Amerika Syarikat, United Kingdom, Turki, Jordan, Perancis dan Malaysia manakala tajuk yang dibentangkan termasuk "The Palestinian Cause in the Western Media; Working Towards a New Palestinian Strategy and Investigative Journalism. - Bernama

Kabinet Israel bincang kerajaan perpaduan Palestin


BAITULMAQDIS 24 April - Kabinet Israel, hari ini mengadakan mesyuarat untuk membincangkan maklum balas ke atas perjanjian perpaduan yang diadakan antara kepimpinan Palestin dan pergerakan Hamas semalam, termasuk rundingan damai antara rejim Yahudi itu dengan Palestin.
Radio tempatan melaporkan menteri-menteri Kabinet Israel dijangka mengumumkan pendekatan keras, selain mengenakan sekatan kewangan kepada Palestin yang diumumkan pada bulan ini apabila Palestin memohon untuk menyertai 15 organisasi antarabangsa.
“Bagaimanapun, menteri-menteri Kabinet Israel dilihat tidak akan mengarahkan menamatkan rundingan damai dengan Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS),'' lapor radio tempatan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam menyuarakan kemarahannya berhubung perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan yang dicapai antara Hamas dan Fatah.
Netanyahu menuduh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memilih Hamas yang menolak semua rundingan damai dengan rejim Zionis Israel itu, dan bukan keamanan.
Beliau turut mengarahkan rundingan damai dengan Palestin yang sepatutnya diadakan malam tadi dibatalkan, namun Palestin pula menyatakan tiada sebarang pertemuan dijadualkan.
Israel pada 10 April lalu mengumumkan pembekuan pemindahan cukai berjumlah 80 juta euro (RM3.62 bilion) yang dikumpul untuk Pihak Berkuasa Palestin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140425/lu_04/Kabinet-Israel-bincang-kerajaan-perpaduan-Palestin#ixzz2zqKpR8oW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 24 April 2014

Pilih Israel atau Hamas


Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi peringatan kepada Mahmoud Abbas bahawa Presiden Palestin itu perlu memilih Hamas atau rejim Zionis itu untuk menjadi rakan damainya.

“Adakah Mahmoud mahukan keamanan dengan Hamas atau Israel? Anda hanya boleh memilih salah satu.



“Saya berharap Mahmoud memilih keamanan (dengan Israel).

Malangnya setakat ini perlakuannya tidak nampak begitu,” katanya.

Netanyahu berkata demikian selepas menemui Menteri Luar Austria Sebastian Kurz.

Delegasi Fatah pimpinan Mahmoud dan Hamas mengadakan perbincangan di Gaza untuk kali pertama sejak 2007 semalam.

Fatah dan gerakan Islam Hamas sebelum ini berselisih pendapat mengenai pendekatan yang perlu diambil bagi menyelesaikan krisis Palestin.


Usaha itu kebetulan serentak dengan pertemuan antara perunding Fatah dan Israel yang sedang berusaha melanjutkan tempoh perbincangan selepas tamat tarikh ditetapkan pada 29 April ini.

Netanyahu turut menuduh Mahmoud membuat tuntutan yang tidak munasabah ketika cuba mendapatkan keamanan di rantau berkenaan.

“Kami berusaha menyambung semula perbincangan dengan Palestin, namun setiap kali itu juga Mahmoud membuat tuntutan tambahan yang memang tidak boleh dipenuhi Israel,” katanya.

Pada masa sama, Mahmoud pula berkata, Israel sewajarnya membekukan aktiviti penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Kata Mahmoud, Israel wajar memfokuskan usaha mewujudkan sempadan negara baru Palestin.

Secara umum rakyat Palestin tidak menjangkakan penyelesaian pertikaian antara Hamas dan Fatah berikutan sudah beberapa kali gagal sejak 2011.- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/24

palestin

Hamas, Fatah bentuk kerajaan


Dari kanan, pemimpin kanan Hamas Moussa Abu Marzouq, Ismail Haniyeh dan Azzam al-Ahmad, berbincang semasa rundingan penyatuan politik Palestin di Gaza City, semalam. - REUTERS
GAZA CITY 23 April - Pemimpin pergerakan Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu akan datang, kata pegawai awal hari ini.
Seorang anggota PLO berkata, perjanjian tersebut dicapai selepas rundingan diadakan di Gaza City sejak malam tadi.
“Hamas dan Fatah juga bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum pada masa akan datang selain menyusun semula keanggotaan dalam PLO," kata pegawai tersebut yang enggan identitinya didedahkan.
Rundingan yang diadakan secara tertutup tersebut disambung semula hari ini.
Pasukan rundingan dari Fatah diketuai oleh pemimpin kanan parti itu, Azzam al-Ahmad sementara Hamas diwakili Perdana Menteri, Ismail Haniyeh.
Ismail sebelum ini menggesa perdamaian Palestin dilaksanakan dengan pembentukan satu kerajaan, sistem politik dan program nasional.
Ini bukan kali pertama pembentukan kerajaan perpaduan diumumkan oleh kedua-dua pihak bertelagah itu, namun cubaan sebelum ini gagal dilaksanakan.
Pergerakan Fatah yang merupakan parti komponen utama PLO dan Hamas menandatangani perjanjian damai di Kaherah pada 2011 untuk menamatkan perbalahan politik antara Gaza yang dikawal Hamas dan Tebing Barat dibawah pentadbiran PLO.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan dilaksanakan sehingga hari ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140424/lu_04/Hamas-Fatah-bentuk-kerajaan#ixzz2zkck1C1q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 22 April 2014

palestin

Israel dah mula tanam pokok Ghorqod

April 22, 2014
Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.

“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz

Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.

Ramalan Rasulullah

Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.

Teks hadis itu berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”

Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran ramalan Rasulullah?

Wallahua’lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.

Monday, 21 April 2014

Israel tahan 16 rakyat Palestin


Baitulmaqdis: Polis Israel menahan 16 rakyat Palestin semalam selepas bertempur dengan penunjuk perasaan di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

“Pagi tadi (semalam), selepas ia dibuka untuk kunjungan, suspek membaling batu ke arah polis dan mencederakan dua anggota,” dakwa jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

Dia juga mendakwa, penunjuk perasaan berlindung di dalam masjid, kawasan yang tidak boleh dimasuki polis selepas mereka cuba disuraikan dengan letupan bom oleh polis.

Polis dalam kenyataan mereka tidak lama selepas itu memberitahu 16 penunjuk perasaan ditahan.

Pekarangan Masjid Al-Aqsa yang turut menjadi kawasan suci penganut Yahudi dan masjid ketiga paling suci umat Islam sering menyaksikan beberapa insiden tegang dan rusuhan antara penunjuk perasaan dengan polis Zionis sejak beberapa minggu kebelakangan ini.



Ramai rakyat Palestin cedera dalam pertempuran Rabu lalu selepas pengunjung Yahudi dibenarkan masuk ke pekarangan masjid itu.

Rakyat Palestin sudah sekian lama bimbang Israel akan merampas masjid itu yang kini berada di bawah pengawasan Jordan sementara pelampau Yahudi mendesak rejim Israel menguasainya.

Orang bukan Islam dibenarkan mengunjungi kawasan itu tetapi penganut Yahudi dilarang berdoa di situ.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

PBB bimbang makanan di kem pelarian Palestin berkurangan


NEW YORK 20 April - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya berhubung bekalan makanan yang semakin berkurangan dan mungkin kehabisan di kem pelarian Palestin di Yarmouk akibat kepungan berlarutan di kawasan itu berikutan perang saudara yang sedang melanda Syria.
Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) memberi amaran tentang kekurangan makanan yang begitu mencemaskan di kem Pelarian itu sehingga Sabtu apabila pertempuran antara pihak yang terlibat dalam perang saudara di Syria semakin memuncak dan sekali gus menyekat penghantaran bekalan yang amat diperlukan.
Menurut jurucakap UNRWA Chris Gunness, agensi itu tidak dibenar mengagihkan bantuan makanan pada 18 April di Yarmouk, tempat yang menjadi tumpuan lebih 20,000 orang awam bagi mendapatkan bantuan daripada PBB.
Gunness dengan penuh terharu berkata "ini hari kesepuluh berturut-turut UNRWA tidak dapat mengagihkan bantuan makanan di Yarmouk".
Katanya, memandangkan makanan yang dibekalkan UNRWA boleh bertahan paling lama hanya 10 hari, maka bekalan yang telah disumbangkan PBB kepada kem itu akan kehabisan.
Yarmouk menempatkan lebih 160,000 pelarian Palestin sebelum tercetusnya perang saudara di Syria pada Mac 2011.
Sejak Disember 2012, antara 140,000 dan 145,000 pelarian Palestin dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Yarmouk apabila tentera puak penentang meningkatkan kehadiran mereka di kawasan itu dan tentera kerajaan pula menguasai kawasan sekelilingnya.
Gunness berkata, UNRWA "teramat bimbang" dengan keadaan manusia yang begitu memerlukan bantuan di Yarmouk dan ingin memaklumkan bahawa pertikaian bersenjata yang tidak putus-putus berlaku sejak sebulan lepas, mengganggu usahanya untuk meringankan penderitaan orang awam yang terperangkap di kawasan itu.
UNRWA dapat memasuki Yarmouk hanya sebanyak 10 hari dalam tempoh 30 hari antara 11 Mac dan 10 April dan oleh itu, hanya dapat mengagihkan 3,390 bungkusan makanan.
Gunness mengulangi harapan UNRWA agar semua pihak menamatkan permusuhan dan mencari penyelesaian terhadap perselisihan mereka secara aman dan agensi itu pula dapat memasuki kawasan berkenaan secara kerap dan terus menerus bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Dalam perkembangan berasingan, ketua Misi Bersama Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia dan PBB (OPCW-UN) mengumumkan pada Sabtu bahawa sehingga 19 April, Syria telah membuang atau memusnahkan kira-kira 80 peratus bahan senjata kimianya.
Sigrid Kaag, penyelaras khas misi bersama OPCW-UN, dalam kenyataannya berkata hasil perbincangan yang diadakan dijangka dapat "mengekalkan momentum itu dan menyelesaikan sepenuhnya operasi pembuangan bahan berkenaan dalam masa beberapa hari lagi".
Beliau menyuarakan keyakinan bahawa langkah itu akan dapat memenuhi tempoh yang ditetapkan majlis eksekutif OPCW, termasuk tarikh akhir 30 Jun 2014 bagi memusnahkan sepenuhnya program senjata kimia Syria.
Kaag menyifatkan "pembaharuan fasa dalam gerakan itu" sebagai sesuatu yang "positif dan perlu dilakukan" bagi memastikan wujud kemajuan ke arah menepati tempoh yang ditetapkan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Kaag berkata Syria juga selesai memusnahkan semua bekas gas mustard kosong dan mencapai kemajuan dalam menghentikan pengeluaran senjata kimia serta tempat penyimpanan senjata itu.
Pembuangan bahan paling kritikal bermula pada awal Januari, sejajar dengan persetujuan yang diatur Rusia dan Amerika yang mewajibkan Syria membuang bahan senjata kimianya dan menyertai Konvensyen mengenai Pencegahan, Pembangunan, Pengeluaran, Penyimpanan dan Penggunaan Senjata Nuklear 1992. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140420/lu_09/PBB-bimbang-makanan-di-kem-pelarian-Palestin-berkurangan#ixzz2zTfkqYcr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 20 April 2014

palestin

Apakah perasaan anda apabila datang seorang pemuda Gaza yang kurang upaya, sudah berkeluarga menyatakan hasratnya untuk memiliki kerusi roda eletrik hanya kerana untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Zahar : Tiada Kompromi Dengan Penjajah

Zahar : Tiada Kompromi Dengan Penjajah

Dr Mahmoud al- Zahar, anggota tertinggi pergerakan HAMAS berkata, HAMAS bersedia untuk melaksanakan perjanjian perdamaian dan menamatkan pembahagian politik antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, tetapi itu tidak bermakna HAMAS bersetuju untuk menyerahkan isu keselamatan di Gaza kepada penjajah Israel.

Zahar berkata demikian semasa berucap pada majlis ulang tahun Hari Banduan Palestin dihadapan pengiat seni di Gaza, penyair dan artis, serta menegaskan HAMAS secara jelas tidak akan sama sekali membenarkan doktrin keselamatan diserahkan kepada penjajah Israel yang secara jelas menentang HAMAS dan semua pejuangan rakyat Palestin.

Hamas hanya akan bersetuju untuk melaksanakan perjanjian perdamaian apabila ia menyentuh kepentingan keseluruhan rakyat Palestin sama ada di Gaza dan Tebing Barat tanpa campur tangan penjajah Israel yang tidak ada sedikitpun kaitan dan kepentingannya kepada rakyat Palestin yang telah dijajah lebih dari 66 tahun.

Tiada kompromi antara perdamaian dan penentangan dengan penjajah, ini tidak bermakna Hamas akan terus menjadikannya halangan kepada jurang politik selama-lamanya, tetapi ia adalah sebagai satu pilihan strategik dalam berhadapan dengan penjajah Israel dalam merebut hak sebenar mereka, sambil menegaskan HAMAS akan kekal komited kepada asas-asas perjuangan rakyat Palestin, terutama isu pembebasan bumi Palestin dan menghalau penjajah Israel keluar dari tanah wakaf ini.

Saturday, 19 April 2014

Masjid jadi sasaran vandalisme


19 April 2014


BAITULMAQDIS - Sebuah masjid di bandar Umm al-Fahm, utara Israel menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab, menurut pihak berkuasa, semalam.

Imam Jamil Mahagna memberitahu keseluruhan dinding diconteng dengan grafiti dalam bahasa Ibrani dan pintu masjid berkenaan turut dirosakkan.

"Kejadian seperti ini sengaja mahu mencetuskan kekacauan di bandar ini. Saya berharap dalang yang bertanggungjawab dapat dibawa kemuka pengadilan secepat mungkin," katanya kepada AFP.

Awal bulan lalu, sekumpulan pelampau Yahudi dipercayai mengelar lebih 40 tayar kereta di timur Baitulmaqdis.

Thursday, 17 April 2014

Maut terhidu gas pemedih mata

Maut terhidu gas pemedih mata
Pertempuran penduduk dengan tentera Zionis di Tebing Barat.
17 April 2014
BAITULAHAM - PALESTIN. Seorang wanita Palestin maut selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel (IDF) di sini, kelmarin.
Insiden itu dipercayai berlaku selepas IDF bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan berhampiran rumah mangsa di bandar Tebing Barat.
"Wanita berumur dalam lingkungan 40-an itu meninggal dunia sejurus tiba di hospital," menurut pegawai perubatan pada laporan Al-Arabiya.
Dalam kejadian berasingan di selatan Hebron, sebuah kampung di barat daya Idhna dilaporkan turut diserbu IDF selepas seorang penduduk Israel dari kawasan kejiranan berhampiran ditembak mati lelaki bersenjata.
Penduduk mendakwa IDF sewenang-wenangnya menggeledah rumah dan premis perniagaan di kawasan itu tanpa alasan kukuh untuk berbuat demikian. 

Tangguh rundingan Israel-Palestin



Jerusalem: Pertemuan antara perunding damai Israel dan Palestin yang dijadualkan semalam ditangguhkan selepas seorang warga Israel mati dalam kejadian tembak-menembak di Tebing Barat.

Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, sesi itu ditangguhkan ke hari ini atas permintaan Amerika Syarikat (AS). Washington sedang berusaha melanjutkan tempoh perbincangan yang semakin nampak menemui jalan kegagalan walaupun tarikh akhir untuk mencapai kata sepakat ditetapkan pada 29 April ini.


Seorang pegawai Israel mengesahkan mesyuarat berkenaan ditangguhkan, namun beliau enggan mengulas siapa yang meminta penangguhan atau tarikh ditetapkan untuk bertemu semula.



Dalam kejadian Isnin lalu, seorang anggota polis yang tidak bertugas maut manakala isterinya cedera selepas serangan terhadap kereta dinaiki mereka di Tebing Barat dalam perjalanan ke makan malam sempena upacara Passover.


Kejadian itu menimbulkan kemarahan penduduk Israel malah Kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menggesa rundingan itu ditangguhkan sehingga majlis pengebumian mangsa, Baruch Mizrahi, diselesaikan semalam. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17

Tuesday, 15 April 2014

Drama diplomatik

Drama diplomatik
PROSES damai Palestin dan Israel yang berlangsung selama sembilan bulan dan sepatutnya berakhir pada akhir bulan ini terus mencetuskan persoalan sama ada ia akan berjaya atau tidak.

Sehingga kini, masih tiada kata putus dicapai kerana Israel dilihat sengaja mensabotaj usaha tersebut selain enggan mematuhi syarat rundingan.

Walaupun tempoh rundingan damai Timur Tengah dilanjutkan selepas tarikh akhir pada 29 April depan, banyak pihak dapat mengagak drama diplomatik yang tidak berkesudahan arahan Amerika Syarikat (AS)itu.

Percaya atau tidak, segala tenaga positif ketika rundingan Oslo pada awal 1990-an telah lama hilang akibat penangguhan demi penangguhan proses damai tersebut sejak dua dekad lalu.

Jika rundingan terbabit masih menemui jalan buntu, ia sekali lagi berpunca daripada dolak dalik dan alasan lapuk Israel yang merupakan sekutu rapat AS.

Tidak kira apa berlaku selepas rundingan itu, satu era baharu dalam konflik berkenaan telah tercetus akibat kempen diplomatik  yang telah sekian lama dirancang dengan teliti oleh AS.

Washington didakwa mula merencanakan langkah seterusnya dengan merangka formula baharu ‘permainan’ terbabit yang hanya memberi kepentingan kepada mereka dan sekutunya.

Selain itu, sekutu rapatnya juga sudah merancang segala-galanya walaupun AS mungkin sudah ketandusan idea untuk memanipulasikan rundingan itu.

Selama hampir setengah abad, Israel berjaya menolak tuntutan Palestin dan negara antarabangsa untuk melepaskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat.

Ia jelas menunjukkan, dari sehari ke sehari Tel Aviv semakin biadab meneruskan niat jahat mereka untuk merampas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Kelemahan usaha Setiausaha Negara AS, John Kerry telah digunakan sebagai batu loncatan kepada Israel bagi meningkatkan kempen sebelah pihak untuk menduduki kedua-dua kawasan terbabit secara kekal.

Punca kebuntuan rundingan damai didedah

Punca kebuntuan rundingan damai didedah
Beberapa keluarga pendatang Yahudi berpindah semula ke kediaman yang dirampas dari penduduk Palestin sambil dikawal tentera Israel. 
15 April 2014 TEL AVIV- Ketua Perunding Israel, kelmarin mendedahkan perbezaan pendapat dalam kerajaan gabungan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menjadi punca kebuntuan rundingan bersama Palestin.

Menurut Tzipi Livni, beliau amat optimistik mengenai proses damai di Timur Tengah itu, namun ada beberapa pihak mahu mensabotaj usahanya.

"Ada musuh dalam selimut yang tidak mahu keamanan di rantau ini. Sebuah parti propendatang Yahudi pimpinan Naftali Bennett dan Menteri Perumahan Uri Ariel sedang cuba untuk menggagalkan rundingan tersebut," jelasnya pada Al-Arabiya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertahanan Moshe Yaalon membenarkan pendatang Yahudi untuk kembali semula ke kediaman mereka di bandar Hebron, Tebing Barat yang menjadi pertikaian sejak tujuh tahun lalu.

Tindakan itu dibuat selepas Mahkamah Agung memutuskan pendatang Yahudi sebagai pemilik sah bangunan empat tingkat di kawasan tersebut, bulan lalu selepas mereka diusir pada 2008.

Bagaimanapun, langkah terbabit dikecam perunding Palestin, Mohammed Shtayyeh yang mendakwa ia sebagai langkah provokasi menjelang tarikh akhir rundingan damai pada 29 April depan.

Sekat lelaki muda ke Masjid Al-Aqsa

Sekat lelaki muda ke Masjid Al-Aqsa
Penduduk Palestin melaungkan slogan menyokong perpaduan dalam isu Masjid Al-Aqsa di Khan Younis, di Semenanjung Gaza semalam.
 Baitulmaqdis: Polis Israel semalam mengehadkan kemasukan orang Islam di pintu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, berikutan kebimbangan tercetus keganasan baru selepas pertempuran hujung minggu lalu, kata jurucakap.

Jurucakap polis Micky Rosenfeld, berkata sebagai sebahagian langkah keselamatan, penduduk lelaki Baitulmaqdis akan dikenakan sekatan had umur. 

Tanah Palestin dirampas lagi


Sekumpulan rakyat Palestin mengadakan bantahan aman berhubung tindakan tentera Israel membenarkan peneroka haram Yahudi berpindah ke sebuah bangunan empat tingkat milik penduduk Palestin di Hebron, Tebing Barat, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 14 April - Israel dilaporkan merampas lebih banyak tanah penduduk Palestin di Tebing Barat, langkah yang merumitkan rundingan damai antara rejim Zionis Israel itu dan Palestin, lapor akhbar Haaretz, semalam.
Menurut laporan akhbar berhaluan kiri itu, Kementerian Pertahanan mengumumkan pengambilan kira-kira 100 hektar tanah di blok penempatan di wilayah Gush Etzion, selatan Baitulmaqdis sebagai ‘tanah negeri’.
Bagaimanapun ketika dihubungi Reuters, pihak kementerian itu enggan mengulas lanjut namun menyatakan mereka akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam beberapa hari lagi.
Pencerobohan tanah itu adalah yang terbesar sejak beberapa tahun lalu dan bakal menyaksikan pembinaan lebih banyak kawasan perumahan untuk peneroka haram Yahudi.
Menurut Haaretz, ketua-ketua kam­­pung Palestin yang menuntut ta­nah itu sebagai milik mereka telah dimaklumkan tentang pengambilan tanah tersebut dan mereka diberi masa selama 45 hari untuk membuat rayuan.
Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada pencerobohan tanah itu merupakan sebahagian daripada sekatan yang dikenakan Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin menandatangani 15 perjanjian dan konvensyen antarabangsa.
Palestin mengambil tindakan itu sebagai reaksi atas kegagalan Israel membebaskan kumpulan terakhir 26 tahanan Palestin yang ditahan rejim tersebut.
Sementara itu, seorang daripada pasukan rundingan Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, langkah Israel tersebut menunjukkan rejim berkenaan lebih mementingkan untuk meluaskan pengaruhnya ke atas tanah di Tebing Barat daripada rundingan damai. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140415/lu_06/Tanah-Palestin-dirampas-lagi#ixzz2ytz9LX5f
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 13 April 2014

Rancangan jahat Israel cemari Al-Aqsa didedah

Rancangan jahat Israel cemari Al-Aqsa didedah
 Israel mendedahkan rancangan jahat mereka untuk membina kuil Yahudi di pekarangan masjid Al-Aqsa. 
13 April 2014 BAITULMAQDIS - Rancangan jahat Israel untuk membina sebuah kuil baharu berhampiran Al-Aqsa dengan tujuan untuk mencemari kesucian kawasan masjid tersebut akhirnya terbongkar.

Model kuil Yahudi yang ditunjukkan kepada umum untuk pertama kali itu turut dilengkapi dewan besar yang boleh memuatkan ratusan pengunjung pada setiap hari.

Susulan daripada itu, Yayasan Warisan dan Kebajikan Al-Aqsa bertindak menyelar langkah biadab tersebut dan ia turut disifatkan sebagai satu ancaman langsung terhadap masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Organisasi terbabit berpendapat projek tersebut sebenarnya bertujuan mendapatkan sokongan tambahan bagi merealisasikan niat jahat mereka untuk merampas al-Aqsa.

Sebelum ini, aktivis Palestin telah memberi amaran berhubung projek penggalian dalam skala besar yang sedang giat dilakukan berhampiran pintu selatan masjid tersebut.

Menurut Press TV, sejak beberapa bulan lalu, pelampau Yahudi  dan pihak berkuasa rejim Zionis berterusan meningkatkan tindakan provokasi dengan menyerbu pekarangan Al-Aqsa terutamanya selepas solat Jumaat hingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin.

Saturday, 12 April 2014

Palestin sertai Konvensyen Geneva


Geneva: Pihak Berkuasa Palestin secara rasminya menyertai Konvensyen Geneva yang menetapkan peraturan perang dan operasi kemanusiaan di zon konflik.

Switzerland, penjaga perjanjian itu mengesahkannya semalam.

Jurucakap Kementerian Luar Sweden Pierre-Alain Eltschinger berkata, Pihak Berkuasa Palestin mengisytiharkan menyertai konvensyen berkenaan 2 April lalu dan diterima secara rasmi oleh Switzerland kelmarin.

Langkah itu adalah sebahagian usaha baru diplomatik yang dilakukan Presiden Palestin Mahmud Abbas.

Usaha itu diambil selepas rundingan damai dengan Israel hampir gagal.

“Mahmoud berkata, dia menerima surat daripada presiden Switzerland yang mengesahkan pendaftaran itu dan menganggapnya sebagai hari bersejarah untuk rakyat Palestin,” kata seorang pegawai kanan Palestin.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

Friday, 11 April 2014

Kurangkan komunikasi


Tel Aviv: Perdana Menteri Israel semalam mengarahkan menteri rejim berkenaan mengehadkan hubungan dengan rakan sejawatan mereka dari Palestin.

Langkah itu dibuat sehari selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang melancarkan usaha menyambung semula rundingan damai Julai lalu selepas buntu selama hampir tiga tahun menyalahkan Israel kerana melengahkan proses damai itu apabila mengumumkan pembinaan penempatan baru Yahudi di tanah Palestin yang dijajahnya.


“Sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin melanggar komitmen mereka dalam rundingan damai, kerajaan Israel diarah mengurangkan hubungan dengan rakan sejawatan mereka dari Palestin,” kata seorang pegawai rejim itu.

Menteri Buruh Palestin Ahmad Majdalani berkata, langkah itu tidak mendatangkan sebarang kesan.


Satu sumber kerajaan Palestin berkata, Israel mungkin turut bertindak untuk menyekat wang cukai yang dikutip rejim itu bagi Pihak Berkuasa Palestin.

Seorang pegawai Israel mengesahkan rejim itu mempunyai rancangan menyekat sebahagian wang cukai yang dikutipnya setiap bulan sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin.

Ia menyifatkan wang itu yang sebahagiannya diserahkan kepada keluarga warga Palestin yang ditahan Israel setiap bulan oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai satu bentuk sokongan terhadap keganasan.

Kira-kira 5,000 warga Palestin ditahan di penjara di Israel.

Israel pernah menyekat pembayaran cukai itu pada 2012 kerana mahu menghukum warga Palestin kerana kejayaannya dalam kempen untuk mendapatkan status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di mesyuarat menteri luar Arab di Kaherah, Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, Israel bertanggungjawab sepenuhnya kerana menyebabkan rundingan damai yang diusahakan Amerika Syarikat itu buntu.

Rundingan berkenaan sepatutnya berakhir 29 April ini.

Ketua Liga Arab Nabil al-Arabi menuduh Israel sengaja melengah-lengahkan rundingan damai itu dengan tujuan untuk menggagalkannya.

Selasa lalu, Kerry berkata, tindakan Israel meluluskan penempatan Yahudi di timur Baitulmaqdis 1 April lalu mencetuskan krisis baru dalam rundingan itu, dakwaan yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pegawai Israel.

Menurutnya, rancangan Israel menangguhkan pembebasan tahanan Palestin disabotaj dengan langkah pembinaan penempatan itu.

Kenyataan Kerry itu diselar Menteri Ekonomi Israel Naftali Bennett yang juga ketua parti pelampau Yahudi, Jewish Home.

“Israel tidak akan meminta maaf kerana membina penempatan Yahudi di Baitulmaqdis,” kata Bennett.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Thursday, 10 April 2014

Tukar dari Plastik ke Petrol di Gaza?



Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi 
tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.

Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.

Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.

Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.

Hebat bukan?

sumber berita: http://bit.ly/1sDWEAV

Sumber : Aqsa Syarif

#PRAYFOREG529
#mesirkini
#R4BIA

Israel bunuh 1,500 budak

Suara dari Palestin
RAMALLAH - Laporan terbaharu menunjukkan, lebih 1,500 kanak-kanak Palestin dibunuh manakala ribuan lagi cedera akibat kekejaman rejim Zionis sejak 14 tahun lalu.

Memetik laporan Press TV, pendedahan itu dibuat Menteri Hal Ehwal, Kamal al-Sharafi sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, Sabtu lalu.

Selain itu, lebih 10,000 budak diberkas dan 200 daripada mereka kini ditempatkan di pusat tahanan Israel.

Tahun lalu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Zionis terhadap golongan bawah umur di Palestin.

Menurut agensi tersebut, kira-kira 700 kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun di Tebing Barat disumbatkan ke dalam penjara setiap tahun.

Israel punca rundingan Asia Barat buntu


Pembinaan penempatan haram Israel tetap dijalankan ketika rundingan antara Palestin-Israel sepatutnya dilangsungkan. - AFP
WASHINGTON 9 April - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menyalahkan Israel atas tindakan rejim itu meluluskan pelan penempatan haram Yahudi, sekali gus menyulitkan peluang rundingan damai dengan Palestin yang masih menemukan jalan buntu.
Menurut Kerry, pelan kontroversi itu juga menyebabkan usaha membebaskan sejumlah tahanan Palestin di Israel terpaksa ditangguh.
“Kerajaan Israel mengumumkan pelan pembinaan kira-kira 700 unit penempatan haram di Baitulmaqdis ketika perbincangan antara kedua-dua pihak diadakan semalam, dan tindakan itu menjejaskan rundingan damai," katanya semasa mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.
Bulan lalu, rejim Zionis mengumumkan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat ketika Washington berusaha mencari jalan bagi melanjutkan rundingan damai melebihi tarikh 29 April yang ditetapkan sebelum ini.
Dalam pada itu, Kerry turut membidas kenyataan Senator, John McCain yang mendakwa rundingan damai Palestin-Israel telah berakhir.
Menurut beliau, perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak menjadi fokus utama dan AS akan berusia memastikan rundingan tersebut berjaya.
Wakil Palestin dan Israel dijadualkan bertemu semula pada Isnin depan selepas mengadakan perbincangan semalam yang masih menemukan jalan buntu.
Sementara itu, wakil perunding Palestin, Riyad Mansour meminta pihak antarabangsa memulaukan produk yang dihasilkan daripada penempatan haram Yahudi sebagai kempen membantu Palestin menjadi sebuah negara merdeka. - AFP/DPA/Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140410/lu_04/Israel-punca-rundingan-Asia-Barat-buntu#ixzz2ySAkjU5W
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 9 April 2014

Palestin beri amaran

Palestin beri amaran
Perunding Palestin dan Israel berbincang untuk meneruskan semula rundingan damai yang hampir menemui kegagalan, Ahad lalu. 
9 April 2014 RAMALLAH - PALESTIN . Pemangku Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberi amaran bahawa negara itu bersedia mengemukakan lebih banyak permohonan bagi  menyertai agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut pembantu beliau, Mohammed Ishtayeh, tindakan berkenaan akan diambil jika rundingan damai bersama Israel menemui jalan buntu selepas tarikh akhir pada 29 April depan.

Kelmarin, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry cuba untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua belah pihak selepas rundingan damai itu yang sepatutnya berlangsung dalam tempoh sembilan bulan tergendala akibat dolak dalik Israel.

AS bertindak campur tangan selepas Mahmoud mengambil keputusan nekad menandatangani dokumen untuk menghantar permohonan menyertai 15 agensi di bawah PBB dan konvensyen antarabangsa pada minggu lalu.

Pemimpin gerakan Fatah itu membuat tindakan tersebut selepas Israel gagal mengotakan janji untuk membebaskan kumpulan keempat tahanan Palestin seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, puluhan ribu penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur terpaksa menanggung derita sejak bekalan air terputus lebih sebulan lalu.

Menurut penduduk, situasi itu adalah yang terburuk sejak Israel membina tembok pemisah di kawasan itu, dipetik dari laporan Press TV.

Israel enggan bebas tahanan


SEORANG lelaki Palestin melaungkan slogan mendesak pembebasan tahanan Palestin di penjara Israel ketika menyertai bantahan terhadap tindakan rejim Zionis memungkiri janji untuk membebaskan 104 tahanan terbabit. - Reuters
BAITULMAQDIS 8 April - Israel mengugut untuk tidak membebaskan 104 tahanan Palestin seperti yang dijanjikan sebelum ini sekiranya Palestin meneruskan usaha menyertai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman turut menuduh Palestin melanggar perjanjian awal dalam rundingan damai yang diusahakan oleh Amerika Syarikat sebagai orang tengah.
Di bawah rundingan damai yang diperbaharui itu, Israel berjanji untuk membebaskan 104 tahanan Palestin melalui empat peringkat kumpulan dan Palestin juga akan menangguhkan kempen menubuhkan sebuah negara berdaulat.
Namun, perbincangan kedua-dua pihak tertangguh pada bulan lalu ekoran kegagalan Israel membebaskan tahanan Palestin mengikut waktu yang ditetapkan.
Ekoran itu, Palestin bertindak balas dengan menandatangani perjanjian menyertai 15 konvensyen antarabangsa, tindakan yang dituduh sebagai provokatif oleh rejim Zionis.
Malah Palestin dilapor bersedia memperhebatkan usaha mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi menubuhkan sebuah negara merdeka jika rundingan damai menemukan kegagalan selepas tarikh akhir pada 29 April depan.
Sementara itu, kira-kira 300,000 penduduk Palestin yang menetap di kem Shuafat, timur Baitulmaqdis tidak mendapat bekalan air lebih sebulan dan terpaksa bergantung kepada kemudahan asas yang usang ekoran konflik antara kedua-dua negara yang masih belum menemukan jalan penyelesaian.
Penduduk Palestin terpaksa mengharungi kemelut tersebut ekoran tindakan rejim Zionis melarang pihak berkuasa Palestin membangunkan sistem air yang lebih baik atau mengakses kemudahan di dalam Baitulmaqdis yang dikuasai Israel.
Minggu lalu, Mahkamah Agung Israel mengarahkan pihak berkuasa rejim menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh 60 hari, namun tiada sebarang tindakan dilakukan untuk mengatasi krisis berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140409/lu_04/Israel-enggan-bebas-tahanan#ixzz2yKtXUi9K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 8 April 2014

Doktor termuda di dunia berasal dari Palestin


HARAKAHDAILY | .

Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa’d. Siapa Asa’d? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.

Haniyah menegaskan Asa’d berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.

Guinness World Records menetapkan Asa’d sebagai doktor termuda di dunia, dipetik blog Kembara Hadi.

Asa’d adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon.

Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun.

Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.

Sejak kecil, Asa’d adalah seorang anak genius.

"Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun," tulis Mi’raj News Agency.

Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas barunya," tulis Mi’raj.

Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa’d adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar.

Asa’d bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.

Hizbullah mengaku sasar Israel dalam letupan di Ladang Shebaa


2014/04/08 - 07:01:16 AM
Beirut: Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata dalam satu temu bual yang disiarkan semalam, bahawa kumpulan beliau di Lubnan bertanggungjawab ke atas letupan yang disasarkan kepada tentera Israel di sempadan kedua-dua negara bulan lepas.

“Ya, letupan di Ladang Shebaa yang tiada siapa mengaku bertanggungjawab sehingga kini sebenarnya dilakukan Hizbullah,” kata Nasrallah kepada Al- Safir Daily.


Letupan pada 14 Mac lalu, berlaku selepas pesawat perang Israel melakukan serangan udara di Lubnan yang dipercayai disasarkan pada kedudukan berhampiran sempadan Lubnan dengan Syria.

“Ini bukan jawapan sepenuhnya, tetapi hanya sebahagian daripada jawapan itu,” kata Nasrallah.

Mesej kepada Israel, katanya, berbunyi: “Anda menyerang sasaran tentera dan pemisah akan bertindak balas dengan menyerang sasaran tentera.”

Letupan itu mengenai peronda Israel di sepanjang sempadan berhampiran kawasan Ladang Shebaa yang dipertikaikan, yang dirujuk Israel sebagai Har Dov. Tentera Israel berkata tiada askar yang cedera dalam letupan itu.

Ketegangan memuncak
Ketegangan semakin memuncak di antara Israel dan Hizbullah selama beberapa bulan, apabila negara Yahudi itu memberi amaran akan melakukan serangan bagi mencegah kumpulan itu daripada mendapatkan senjata canggih.

Pada 24 Februari, pesawat perang Israel mengebom kedudukan Hizbullah di sempadan Lubnan-Syria, tetapi enggan secara rasmi mengesahkan atau menafikan tindakan itu.

Hizbullah mengakui menyerang Israel dan berikrar tidak akan berdiam diri, sambil menambah bahawa kumpulan itu akan memilih masa, tempat dan cara yang sesuai.

Hizbullah juga dikritik Israel di Syria, di mana kumpulan itu berjuang bersama rejim menentang kebangkitan.

Pada 5 Mac, tentera Israel berkata mereka melepaskan tembakan dan mengenai dua ahli kumpulan Syiah kerana cuba menanam bom berhampiran garis gencatan senjata Israel-Syria.

Israel berperang dengan Hizbullah pada 2006, yang mengorbankan lebih 1,200 orang di Lubnan. AGENSI

OpIsrael laman web Israel


8 April 2014


RAMALLAH - PALESTIN. Kumpulan penggodam digelar #OpIsrael menggodam ratusan laman web kementerian dan organisasi Israel sebagai sebagai salah satu daripada kempen anti-Israel.

“Pada April 7, kami menyeru saudara-saudara kita untuk menggodam, merampas, membocorkan pangkalan data, mengambil alih admin dan melancarkan perang siber,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, langkah itu adalah tindakan bantahan terhadap dasar Israel yang selama ini menindas rakyat Palestin.

“Gaza diserang, diganasi dan dibiarkan mati di sempadan ketika menunggu rawatan. Kami tidak boleh berdiam diri, kami mahukan negara dan rakyat bebas,” menurut kenyataan itu lagi.

Kini, sekitar 700 laman web Israel digodam termasuk memuat naik 5,000 data peribadi pegawai Israel ke dalam talian, laporan dipetik dari IP.

Wakil Palestin, Israel berunding


Presiden Mahmoud Abbas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Palestin di Ramallah pada 1 April lalu. Wakil Palestin dan Israel menyambung semula perbincangan bagi menghidupkan rundingan damai antara kedua-dua pihak yang hampir gagal. - AGENSI
BAITULMAQDIS 7 April - Perunding Palestin dan Israel mengadakan pertemuan, di sini hari ini bagi menghidupkan semula rundingan damai yang dilihat hampir menemui kegagalan akibat perbezaan tuntutan antara kedua-dua pihak.
Seorang pegawai Palestin yang enggan dikenali mengesahkan tentang pertemuan itu yang diadakan pada lewat petang, namun kedua-dua pihak tidak memberikan butiran tentang masa atau lokasi rundingan.
Semalam, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan yang turut dihadiri utusan khas Amerika Syarikat (AS), Martin Indyk, tetapi sumber Palestin memaklumkan bahawa sesi pertemuan tersebut berakhir tanpa persetujuan dan seorang pegawai Israel menyifatkan rundingan tersebut di ambang kegagalan.
Kedua-dua pihak saling bertelagah apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas bertegas mahu meneruskan usaha mengemukakan 15 permohonan antarabangsa bagi meraih pengiktirafan untuk menubuhkan sebuah negara yang berdaulat, manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan tindakan tersebut boleh menggagalkan proses rundingan damai.
Bagaimanapun seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali berkata, rundingan Palestin-Israel yang berlangsung semalam membincangkan cara menyelesaikan krisis di rantau Asia Barat itu melalui rundingan damai.
"Pertemuan semalam sangat serius dan menunjukkan petanda positif, dan kedua-dua pihak meminta AS mengatur satu lagi perbincangan hari ini bagi meneruskan usaha mencapai rundingan damai," katanya.
Parlimen Israel, hari ini turut mengadakan sesi khas bagi membahaskan isu rundingan damai tersebut yang dikritik oleh kumpulan pembangkang terhadap cara kerajaan menangani perbincangan itu.
Dalam pada itu, seorang komentar akhbar Jerusalem Post, Tal Harris dalam tulisannya berkata, proses rundingan damai tersebut masih mempunyai peluang untuk direalisasikan.
Jelasnya, kumpulan pakar krisis perlu ditubuhkan bagi mengendalikan konflik berkenaan, terutamanya membabitkan isu pertikaian air dan tenaga, berbanding hanya memberi tumpuan kepada perbincangan bersifat politik yang menemukan jalan buntu,
"Setiausaha Negara AS, John Kerry perlu mendedahkan beberapa maklumat tentang proses rundingan itu, selain Netanyahu dan Abbas mesti bersemuka secara langsung dalam perbincangan tersebut.
"Proses diplomatik kadang-kala tidak sama seperti yang dirasai oleh golongan rakyat," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140408/lu_02/Wakil-Palestin-Israel-berunding#ixzz2yF0tHXQL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 7 April 2014

Genting Gaza dibedil kurang 48 jam

Genting Gaza dibedil kurang 48 jam
Serangan udara terbaharu di Genting Gaza dilancarkan Israel dalam tempoh kurang 48 jam.
7 April 2014  GENTING GAZA - PALESTIN. Rejim Zionis sekali lagi membedil Semenanjung Gaza kurang daripada 48 jam selepas beberapa serangan udara dilancarkan di wilayah itu.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan, lima kawasan di utara dan selatan Genting Gaza menjadi sasaran terbaharu insiden terbabit.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan, menurut Press TV.

Jumaat lalu, sebanyak 18 roket dibedil di beberapa lokasi selepas pesawat pejuang Israel melancarkan tujuh serangan secara serentak di wilayah terbabit.

Sejak bulan lalu, rejim Zionis telah meningkatkan serangan di Gaza dan tindakan tersebut turut dikecam banyak pihak kerana ia secara terang-terangan mencabuli gencatan senjata yang ditandatangani pada 2012.

Israel ancam tindak balas


Benjamin Netanyahu berkata, rejimnya akan bertindak balas jika Palestin meneruskan permohonan untuk menyertai 15 perjanjian antarabangsa. 
Pemimpin Zionis itu berkata, langkah Palestin itu hanya akan menyulitkan rundingan damai. 

Pihak berkuasa Palestin Selasa lalu mengemukakan permohonan untuk menyertai perjanjian antarabangsa selepas Israel enggan menunaikan janji untuk membebaskan kumpulan keempat tahanan Palestin.
Foto
SEORANG wanita Palestin berjalan melintasi dinding pemisah di pos kawalan Qalandia, Tebing Barat yang mempunyai lukisan grafiti pemimpin Fatah, Marwan Barghuti.

“Selepas Palestin bertindak tanpa persetujuan kami, kami juga akan melakukan serupa,” kata Netanyahu.

Menurutnya, rakyat Palestin akan rugi dengan tindakan satu pihak itu. 

“Mereka hanya boleh mendapatkan sebuah negara merdeka menerusi rundingan secara langsung, bukan dengan perisytiharan kosong atau tindakan bersendirian tanpa persetujuan kami,” kata pemimpin Zionis itu. 

Katanya, Israel bersedia untuk menyambung semula rundingan, tetapi tidak akan melakukannya dengan ancaman seperti yang dilakukan Palestin ketika ini. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Saturday, 5 April 2014

Perunding Palestin, Israel bertemu utusan khas Amerika


Penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel dekat penjara tentera Ofer di Tebing Barat, bandar Betunia, Tebing Barat, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 5 April - Pasukan perunding Palestin dan Israel akan mengadakan pertemuan dengan utusan khas Amerika Syarikat (AS), Martin Indyk secara serentak esok, dalam usaha mengelakkan rundingan damai antara kedua-dua belah pihak menemui kegagalan.
Pertemuan tiga hala itu diadakan ketika Washington menilai gesaan untuk mencapai perjanjian damai selepas beberapa tindakan oleh Palestin dan Israel mengancam rundingan damai tersebut.
Setiausaha Negara AS, John Kerry semalam berkata, Washington mempunyai had masa dan tenaga untuk memberi perhatian kepada proses rundingan tersebut.
Pada hari sama, Indyk akan bertemu secara berasingan dengan Menteri Keadilan Israel, Tzipi Livni dan rakan sejawatannya dari Palestin, Saeb Erakat.
Kerry yang terlibat dalam rundingan damai itu sejak setahun lalu menghubungi pemimpin Palestin dan Israel, kelmarin bagi memastikan rundingan damai itu diteruskan.
Bagaimanapun, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak permohonan Kerry unrk menarik balik persetujuan untuk mematuhi 15 perjanjian antarabangsa yang ditandatanganinya pada minggu lepas.
Media Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menolak permintaan Kerry supaya tidak melaksanakan langkah-langkah yang boleh menggugat rundingan damai tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140406/lu_01/Perunding-Palestin-Israel-bertemu-utusan-khas-Amerika#ixzz2yCRlYHMn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 2 April 2014

Jentolak Israel robohkan kompleks masjid


Sebuah jentolak memusnahkan pagar batu sebuah kompleks bangunan milik rakyat Palestin di Baitulmaqdis Rabu lalu, menyebabkan beberapa penduduk lari bertempiaran mencari perlindungan. - AGENSI
BAITULMAQDIS 30 Mac - Beberapa jentolak milik Israel dilapor merobohkan sebuah kompleks yang menempatkan masjid, pangsapuri dan pusat perubatan milik penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis, Rabu lalu.
Laman web d.intimes.co.uk melaporkan, pemilik kawasan tersebut, Abu Ghaliya berkata, bangunan berkenaan dirobohkan tanpa sebarang notis awal daripada pihak berkuasa Israel.
Saksi melaporkan kepada Maan News Agency, polis dan pasukan khas Israel menyerbu masuk ke Dataran Khallat al-Ein dalam kawasan penempatan al-Tur di timur bandar lama Baitulmaqdis untuk merobohkan kompleks itu.
Para kakitangan mengosongkan kompleks dan menutup pili gas dan air sebelum jentolak terbabit dibawa masuk.
Abu dikatakan tidak mempunyai permit pembinaan yang diperlukan, namun menurutnya dia telah cuba mendapatkan permit itu selama 18 tahun daripada Majlis Perbandaran Baitulmaqdis.
"Datuk Bandar Baitulmaqdis telah meluluskan pembinaan di kawasan itu, tetapi Kementerian Dalam Negeri Israel menentang pembinaan terbabit," katanya.
Bulan lalu, sebuah pertubuhan bantuan memberi amaran terhadap tindakan Israel merobohkan hartanah milik rakyat Palestin yang semakin meningkat.
Dalam satu kenyataan, 25 pertubuhan mendedahkan tindakan Israel itu meningkat setiap tahun.
Sebanyak 112 daripada 663 penempatan Palestin yang dimusnahkan pada 2013 dibina menggunakan bantuan kewangan antarabangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140331/lu_04/Jentolak-Israel-robohkan-kompleks-masjid#ixzz2xgBPzDSN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 1 April 2014

Bekas PM Israel didapati bersalah terima rasuah



OLMERT (kanan) tiba di mahkamah daerah Baitulmuqaddis semalam. - REUTERS


BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Omert disabitkan kesalahan menerima rasuah oleh hakim sebuah mahkamah daerah di sini semalam.
Beliau menerima rasuah itu semasa menjadi datuk bandar ini dan Menteri Industri antara tahun 1993 hingga 2006.
Menurut dokumen mahkamah pada tahun 2012, wang berjuta-juta dolar telah dikeluarkan bagi mempromosikan satu siri projek hartanah.
Olmert dituduh mempercepatkan projek itu bagi memperoleh wang rasuah.
Hukuman ke atasnya akan diputuskan pada 28 April depan.
Keputusan mahkamah itu menjadikan Olmert sebagai bekas Perdana Menteri Israel yang pertama disabitkan kesalahan kerana mengambil rasuah.
Olmert memegang jawatan Perdana Menteri dari 14 April 2006 hingga 31 Mac 2009.
Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran berhubung tuduhan rasuah tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2xaHoueco 
Hakcipta terpelihara