GAZA CITY 23 April - Pemimpin pergerakan Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu akan datang, kata pegawai awal hari ini.
Seorang anggota PLO berkata, perjanjian tersebut dicapai selepas rundingan diadakan di Gaza City sejak malam tadi.
Hamas dan Fatah juga bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum pada masa akan datang selain menyusun semula keanggotaan dalam PLO," kata pegawai tersebut yang enggan identitinya didedahkan.
Rundingan yang diadakan secara tertutup tersebut disambung semula hari ini.
Pasukan rundingan dari Fatah diketuai oleh pemimpin kanan parti itu, Azzam al-Ahmad sementara Hamas diwakili Perdana Menteri, Ismail Haniyeh.
Ismail sebelum ini menggesa perdamaian Palestin dilaksanakan dengan pembentukan satu kerajaan, sistem politik dan program nasional.
Ini bukan kali pertama pembentukan kerajaan perpaduan diumumkan oleh kedua-dua pihak bertelagah itu, namun cubaan sebelum ini gagal dilaksanakan.
Pergerakan Fatah yang merupakan parti komponen utama PLO dan Hamas menandatangani perjanjian damai di Kaherah pada 2011 untuk menamatkan perbalahan politik antara Gaza yang dikawal Hamas dan Tebing Barat dibawah pentadbiran PLO.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan dilaksanakan sehingga hari ini. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140424/lu_04/Hamas-Fatah-bentuk-kerajaan#ixzz2zkck1C1q
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment