- Ratusan mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Shifa.
Saksi, Abu Maysarah berkata, serangan dengan kereta kebal itu sengaja disasarkan di pasar itu ketika orang ramai sedang membeli keperluan harian.
“Ketika serangan pertama dari sebuah kereta kebal, puluhan orang ramai melarikan diri dan mengheret mangsa cedera. Keadaan itu menyebabkan Zionis melancarkan serangan kedua tanpa menghiraukan mereka yang sedang menyelamatkan mangsa cedera. Situasi getir itu sukar dibayangkan kerana ramai mangsa terbakar," katanya.
Menurutnya, kanak-kanak, wanita dan warga emas lari bertempiaran mencari tempat berlindung.
"Sejurus ambulans tiba, mangsa dihantar ke Hospital Al-Shifa. Penduduk yang lain berusaha memadamkan kebakaran di sekitar pasaritu," katanya pada laporan Al Arabiya.
Beliau berkata, ketika operasi memadamkan kebakaran, Israel sekali lagi membedil kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment