Friday 1 August 2014

Israel kerah 16,000 lagi askar ke Gaza

Israel kerah 16,000 lagi askar ke GazaSeorang penduduk Palestin menangis di sisi jenazah seorang wartawan Palestin dan penduduk lain yang maut akibat serangan Israel di kejiranan Shejaia di Gaza, semalam. Israel semalam mengerahkan 16,000 lagi askar simpanannya, dengan matlamat melancarkan serangan lebih ganas di Gaza yang sudah masuk minggu ketiga dan setakat ini sudah mengorbankan lebih 1,374 penduduk Palestin.

Sehingga kini Israel sudah mengerah 86,000 askar simpanannya sejak konflik bermula 8 Julai lalu. Pada masa sama, Amerika Syarikat mengesahkan sudah menambah stok bekalan senjata dan peluru, beberapa jam selepas akhirnya mengkritik serangan ke atas sekolah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di Gaza.

Pentagon mengesahkan tentera Israel ada meminta tambahan stok peluru dan senjata bagi menampung bekalannya yang berkurangan sejak 20 Julai, dengan pertahanan Amerika Syarikat.

Pertempuran sengit

Permintaan tambahan adalah susulan satu lagi pertempuran sengit membabitkan kereta perisai yang membedil sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tempat rakyat Palestin berlindung dan serangan udara yang memusnahkan kawasan membeli-belah Gaza yang sedang sesak.

Rabu lalu, sekurang-kurangnya 116 rakyat Palestin dan tiga askar Israel terbunuh. Seorang pegawai pertahanan Israel tidak menolak dakwaan bahawa rejim Zionis berhasrat meningkatkan keganasannya di wilayah itu.

Serangan Israel di Gaza berterusan semalam, dengan saksi berkata, bedilan peluru terkena Masjid Omar Ibn al-Khatab di sebelah sekolah PBB di bandar utara Beit Lahiya. Bedilan Israel berhampiran sebuah sekolah PBB di kem Jebaliya membunuh sekurang-kurangnya 17 orang pada hari sebelumnya. Setakat ini pejuang Hamas berjaya membunuh 56 askar dan tiga penduduk awam Israel.

No comments:

Post a Comment