• Kanak-kanak terus menjadi mangsa bedilan rejim Zionis.Kanak-kanak terus menjadi mangsa bedilan rejim Zionis.

GAZA - PALESTIN. Jumlah kematian akibat kekejaman rejim Zionis sejak 24 hari lalu  mencecah 1,374 orang manakala kira-kira 7,700 lagi cedera (sehingga jam 10 malam waktu tempatan).

Menurut Press TV, Persatuan Palang Merah Palestin (PRCS) memberitahu, serangan berterusan Israel menyebabkan krisis kemanusiaan di Gaza semakin buruk.

"Jumlah mangsa bedilan meningkat. Kami hadapi kesukaran kerana bekalan air dan elektrik terputus di kebanyakan hospital," kata Dr Mona El-Farra.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Medhat Abbas mengutuk serangan itu kerana menyasarkan hospital, ambulans dan pusat penempatan sementara.