1 Ogos 2014
GAZA - PALESTIN. 'Berjuang habis-habisan untuk membebaskan Palestin' antara janji dalam kandungan surat Komander Al-Qassam Muhammad Al-Daif.
Muhammad berkata, serangan Israel kali ini adalah paling kejam kerana mengepung, membiarkan penduduk kebuluran, membunuh kanak-kanak dan memusnahkan kediaman.
“Kami berjanji akan bersatu menentang Zionis. Kami sanggup tinggalkan keluarga untuk peperangan ini,” menurut surat itu.
Menurutnya East Monitor, askar al-Qassan memilih untuk membunuh askar Zionis dan bukannya orang awam.
“Kami menolak gencatan senjata kerana kami yakin barisan mujahidin mampu melawan Zionis dengan izin ALLAH SWT,” tambahnya.
Dia akhir warkah itu, askar al-Qassan yakin segala rancangan perang yang diatur akan berhasil dan yakin bahawa ALLAH SWT akan sentiasa membantu perjuangan mereka.
No comments:
Post a Comment