Friday 1 August 2014

Bekas pemain bola sepak Palestin antara yang terkorban dalam serangan Israel


GAZA 1 Ogos - Seorang bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan Palestin, Ahed Zaqout dilaporkan terkorban apabila sebutir bom Israel mengenai bangunan apartmen yang didiaminya di Gaza, kata para pegawai perubatan Palestin semalam.
"Palestin telah kehilangan seorang pemain bola sepaknya yang terbaik, dia merupakan antara pemain tengah yang terbaik pernah kita ada," kata wartawan sukan Gaza, Khaled Zaher kepada Reuters.
Beberapa saksi yang terdiri daripada jiran dan pegawai perubatan yang bergegas ke apartmen Zaqout berkata, pemain bola itu terbunuh pada Rabu lalu ketika sedang tidur. Dia yang berusia 49 tahun tidak diketahui kecenderungan politiknya dan tidak pernah menyatakan pandangannya secara jelas.
Pemain tengah pasukan Palestin itu pernah menjadi kapten pasukan remaja kebangsaan sebelum menyertai pasukan kebangsaan pada 1994 serta pernah bermain dalam satu perlawanan persahabatan menentang bintang Perancis yang turut disertai Michel Platini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140801/lu_10/Bekas-pemain-bola-sepak-Palestin-antara-yang-terkorban-dalam-serangan-Israel#ixzz395PMtk00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment