Friday 1 August 2014

Opick berazam lawat Gaza


Jakarta: Walaupun ditentang anak sendiri, penyanyi lagu keagamaan Indonesia Opick berazam mengunjungi Gaza ketika wilayah itu terus diserang tentera rejim Zionis Israel.

Kata Opick - atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus - dia akan berkunjung ke Gaza bersama Jawatankuasa Nasional Untuk Rakyat Palestin (KNRP).

“Cuma setakat ini hasrat saya tidak dipersetujui anak saya, Ghaniya.

“Anak sulung saya itu kini berusia 11 tahun dan dialah yang menyanyi bersama saya.



“Katanya, saya tidak boleh pergi kerana mempunyai tanggungjawab di sini,” katanya.

Justeru Opick sedang menjelaskan kepada Ghaniya mengapa dia perlu ke Gaza.

“Saya juga memberitahunya kami ke sana secara selamat,” katanya.

Penyanyi yang dikenali melalui singlenya “Tombo Ati” itu menyatakan dia faham mengenai kebimbangan keluarga berhubung hasratnya untuk ke Gaza bersama KNRP.

Katanya, misi mereka adalah bagi memantau penyaluran bantuan kepada umat Islam yang tertindas di Gaza.

Cabaran lain dihadapi Opick ialah keputusan Majlis Ulama Indonesia yang tidak membenarkan sesiapa mengunjungi Palestin berikutan keadaannya yang berbahaya ketika ini.

“Saya jelaskan ini demi kebaikan.

Ia adalah jalan yang terbaik buat masa ini,” katanya.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/31

No comments:

Post a Comment