Sunday, 28 August 2016

Zionis terus ceroboh Masjid al-Aqsa

BEIRUT 24 Ogos - Israel didakwa terus men­ceroboh Masjid al-Aqsa dengan me­lakukan 63 kerja-kerja penggalian di sekitar kawasan masjid serta di bawah premis itu, dedah laporan tahunan Institusi Antarabangsa Al-Quds.
Pengarah Institusi Antarabangsa Al-Quds, Yassin Hammoud berkata, Israel juga me­lakukan langkah drastik ke arah menghubungkan setiap terowong itu supaya menjadi bahagian penting ‘Bandar Yahudi’ yang dibina Israel di bawah dan di sekitar masjid berkenaan.
Menurutnya, Israel merancang untuk membangunkan dan meluluskan projek mega yang bertujuan mengubah ‘sifat’ Islam dan Arab pada Masjid al-Aqsa.
Laporan bertajuk Eye on al-Aqsa itu memantau dan merekodkan penjajahan Israel di Masjid al-Aqsa pada tahun lalu selain serangan ke atas 10,766 peneroka dan tentera al-Aqsa manakala 2,260 tahanan penduduk Baitulmaqdis.
Selain itu, laporan itu me­nyentuh isu bandar Baitulmaqdis dan pemindahan penduduknya serta tindak balas daripada pihak utama yang prihatin dengan keadaan Masjid al-Aqsa.
Laporan tersebut me­nambah, rakyat Palestin merangkumi 37 peratus daripada penduduk Baitulmaqdis, dan bilangan penganut Kristian di bandar tersebut didapati berkurang daripada 60,000 orang pada 1967 kepada 12,400 orang pada 2014.
Dalam perkembangan ber­asi­ngan, Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya yang berada di Gaza supaya me­ninggalkan wilayah itu secepat mungkin ekoran kemungkinan pengeboman seterusnya oleh rejim Zionis di kawasan tersebut.
Jabatan Negara AS berkata, keadaan keselamatan di Gaza serta sempadannya agak bahaya dan mereka diminta keluar secepat mungkin semasa pintu sempadan dibuka.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/zionis-terus-ceroboh-masjid-al-aqsa-1.374424#sthash.HMW8ipco.dpuf

Palestin minta ICC percepat siasatan jenayah perang Israel - Luar Negara - Utusan Online

Palestin minta ICC percepat siasatan jenayah perang Israel - Luar Negara - Utusan Online:

GAMBAR bertarikh 6 Ogos 2014 menunjukkan seorang pemuda memerhatikan


GAMBAR bertarikh 6 Ogos 2014 menunjukkan seorang pemuda memerhatikan kemusnahan akibat serangan tentera Zionis di kawasan perumahan al-Tufah, Gaza City. AFP
RAMALLAH 26 Ogos - Pihak Berkuasa Palestin (PA) meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempercepatkan siasatan berhubung kes penganiayaan dan jenayah perang yang dilakukan Israel semasa serangan selama 50 hari di Genting Gaza pada 2014.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, pihaknya tidak me­ngharapkan Israel akan berbuat apa-apa selain mewajarkan jenayah perang yang mereka lakukan dalam serangan di Gaza itu.
“Malah Israel sama sekali tidak akan bertanggungjawab selepas siasatan oleh dijalankan tentera rejim itu memutuskan tenteranya tidak melakukan sebarang kesalahan ketika melancarkan serangan ke atas Gaza,” kata Saeb kelmarin yang dipetik portal PressTV.
Tentera Israel kelmarin menutup fail berhubung kes serangan udara di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa serangan 2014 yang menyebabkan 10 penduduk Palestin temasuk wanita dan kanak-kanak maut.
Dalam laporan setebal 21 muka surat itu, tentera rejim Zionis mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh anggotanya dalam serangan di bandar Rafah itu.
Sekolah PBB menjadi pusat perlindungan kepada lebih 3,000 daripada kekejaman Tel Aviv.
Jelas Saeb, PA telah pun menyerahkan maklumat tentang jenayah perang Israel kepada ICC yang berpangkalan di The Hague.
Kenyataan Saeb itu dibuat pada hari yang sama tentera Israel menu­tup sebanyak tujuh fail tentang pembunuhan orang awam semasa perang Gaza yang bermula pada awal Julai 2014.
Perang selama 50 hari itu yang berakhir pada 26 Ogos 2014 meragut hampir 2,200 nyawa penduduk Palestin termasuk 577 orang kanak-kanak, manakala lebih 11,100 lagi cedera. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-minta-icc-percepat-siasatan-jenayah-perang-israel-1.375065#sthash.wVLiZ1Pb.dpuf

'via Blog this'

Saturday, 27 August 2016

Askar Israel tembak mati lelaki Palestin

DUNIA SABTU, 27 OGOS 2016 @ 12:24 AM




Tentera Israel berkumpul di tempat kejadian di mana seorang rakyat Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel di kampung Tebing Barat Silwad berhampiran Ramallah. - Foto REUTERS

JERUSALEM: Askar Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang tidak bersenjata ketika dia berlari ke arah mereka di sebuah kampung di Tebing Barat. Menurut jurucakap tentera Zionis, kejadian itu sedang disiasat manakala pihak berkuasa Palestin berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai pesakit mental. Beberapa laman web berita Israel melaporkan tiada senjata ditemui pada suspek. "Suspek berlari ke arah pos kawalan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Silwad," kata jurucakap tentera. "Suspek ditembak ketika menerpa ke arah askar yang bertugas. Kes itu sedang disiasat." Ditanya sama ada lelaki itu bersenjata, beliau berkata butiran lanjut sedang dikaji semula. Rabu lalu, seorang penduduk Palestin cedera parah selepas ditembak askar Israel yang mendakwa lelaki itu menikam dan membaling batu dari kereta yang dipandunya ke arah kenderaan tentera di Tebing Barat. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187079

Tuesday, 23 August 2016

Turki kutuk serangan Israel ke atas Gaza

DUA kanak-kanak Palestin berdiri berhampiran kawah besar akibat

DUA kanak-kanak Palestin berdiri berhampiran kawah besar akibat serangan udara Israel di Beit Lahia, utara Genting Gaza, kelmarin. AFP
BAITULMAQDIS 23 Ogos – Israel dan Turki semalam saling ‘bertegang urat’ berikutan pengeboman Tel Aviv ke atas Gaza, kurang 72 jam selepas Ankara meluluskan pembaharuan semula hubungan dengan Israel ekoran perselisihan selama enam tahun antara kedua-dua pihak.
Israel kelmarin melancarkan berpuluh-puluh serangan udara dan kereta kebal ke atas Gaza sebagai tindak balas kepada roket yang dilancarkan dari Palestin ke bandar Sderot, selatan Israel.
Serangan yang mengakibatkan empat kecederaan penduduk Palestin itu mengakibatkan Turki mengecam keras tindakan rejim Tel Aviv tersebut.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak seimbang itu, yang mengakibatkan kecederaan kepada penduduk awam Palestin sama sekali tidak dapat diterima.
“Malah, pemulihan hubu­ngan semula antara negara kami dan Israel tidak bermakna kami akan berdiam diri ketika sera­ngan seumpama itu dilancarkan ke atas penduduk Palestin,” tegas Kementerian Luar Turki.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Israel kemudiannya membalas kenyataan Turki dengan menegaskan Tel Aviv akan sentiasa mempertahankan rak­yatnya daripada serangan roket di wilayah mereka selaras dengan undang-undang antarabangsa.
“Turki perlu berfikir dua kali sebelum mengeluarkan kritikan terhadap tindakan ketenteraan pihak lain itu,” jelas kenyataan Israel.
Turki dan Israel pernah menjadi sekutu serantau paling rapat namun hubungan itu renggang pada 2010 apabila komando Israel membunuh 10 aktivis Turki dalam serbuan ke atas sebuah flotila yang cuba memecah sekatan Tel Aviv di Gaza.
Ankara kemudiannya bertindak mengusir duta Israel di negara itu pada 2011 dan menggantung sebarang hubungan diplomatik dengan Tel Aviv pada tahun yang sama. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-kutuk-serangan-israel-ke-atas-gaza-1.374082#sthash.pKMOvYuc.dpuf

Monday, 22 August 2016

Israel serang Gaza

Imej diperoleh daripada laman Facebook Aman Palestin memaparkan

Imej diperoleh daripada laman Facebook Aman Palestin memaparkan serangan roket dilancarkan Israel ke bandar Rafah di Genting Gaza, kelmarin. AGENSI
GAZA 22 Ogos - Israel melancarkan 56 serangan termasuk serangan udara dan serangan meriam ke atas Gaza selepas anggota pergerakan Hamas mengadakan perarakan di bandar Rafah, semalam.
Menurut laman web presstv.ir, rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara termasuk 12 serangan meriam di bandar Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia, beberapa jam selepas tiga penduduk Palestin cedera dalam serangan di utara Gaza.
Sumber keselamatan dan kesihatan Palestin berkata, empat penduduk Palestin cedera, termasuk dua cedera dalam sera­ngan selepas perarakan tersebut.
Terdahulu, pasukan bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Qassam telah mengadakan per­arakan di selatan bandar Rafah dan berikrar untuk terus menentang Tel Aviv sehingga rejim itu membebaskan tanah Palestin yang dijajah.
Serangan itu turut menyebabkan kerosakan in­frastruktur di bandar-bandar berkenaan termasuk memusnahkan takungan air di Beit Hanun.
Israel mendakwa serangan tersebut dilancarkan sebagai membalas serangan roket dari Gaza yang mengenai bandar Sderot.
Susulan serangan itu, Hamas mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan tersebut dengan menegaskan tindakan itu adalah sebahagian daripada kekejaman berterusan rejim Zionis terhadap penduduk Pa­lestin.
Kenyataan itu menegaskan bahawa serangan-serangan ber­kenaan tidak akan mematahkan semangat penduduk Palestin dan tidak akan menggugat perjuangan mereka menentang Israel, serta menegaskan bahawa rejim berkenaan bertanggungjawab terhadap ketegangan yang wujud di kawasan Palestin yang dikuasai Israel.
Tentera Israel sering melancarkan serangan ke atas Gaza dan mencabul undang-undang antarabangsa menyebabkan beribu-ribu penduduk Palestin terkorban dan cedera.
Awal Julai 2014, Tel Aviv me­lancarkan serangan ke atas Gaza dalam pencerobohan selama 50 hari yang berakhir pada 26 Ogos 2014 dan menyebabkan sebanyak 2,200 penduduk Palestin terkorban termasuk 570 kanak-kanak.
Gaza dikenakan sekatan sejak 2007 oleh Israel yang turut menafikan hak asasi 1.8 juta penduduknya seperti mendapatkan kebebasan bergerak, pekerjaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan yang sewajarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-serang-gaza-1.373558#sthash.YDDwNUwc.dpuf

Sunday, 21 August 2016

Turki lulus perjanjian damai, Israel dipaksa bayar RM80.31 juta

21 Ogos 2016 2:40 AM

ISTANBUL - Parlimen Turki hari ini meluluskan perjanjian perdamaian ditandatangani bersama Israel pada Jun lalu yang membawa kepada penamat perselisihan antara kedua-dua negara tersebut.
Hubungan antara kedua-dua negara mulai renggang selepas tentera marin Israel menyerang sebuah kapal milik Turki pada Mei 2010 untuk menguatkuasakan sekatan tentera laut di Semenanjung Gaza yang dikendalikan oleh Hamas serta menyebabkan 10 orang rakyat Turki terkorban.
Israel, yang telah membuat permohonan maaf berhubung insiden tersebut, bersetuju untuk membayar AS$20 juta (RM80.31 juta) di bawah perjanjian tersebut kepada keluarga mangsa korban dan tercedera dengan syarat Turki menarik balik dakwaan kepada Israel.
Kedua-dua negara telah melantik duta di bawah perjanjian berkenaan yang sebahagiannya didorong oleh prospek tawaran lumayan gas di Meditteranean. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-lulus-perjanjian-damai-israel-dipaksa-bayar-rm80-31-juta-1.372956#sthash.eEVjZOuT.dpuf

Friday, 12 August 2016

Netanyahu diselar konon lebih tumpu penduduk Palestin

DUNIA JUMAAT, 12 OGOS 2016 @ 7:58 AM

GAZA: Kumpulan hak asasi Palestin menyelar dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa beliau dan Israel lebih mengambil berat mengenai orang Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri.

Netanyahu membuat kenyataan itu semalam sebagai membalas dakwaan bahawa Hamas, pemerintah Gaza, menerima sejumlah besar dana bantuan daripada badan amal global World Vision dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara haram.

"Saya, Perdana Menteri Israel lebih mengambil berat mengenai rakyat Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri," kata Netanyahu dalam video yang disiarkan dalam talian. "Israel lebih mengambil berat mengenai Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri," kata Netanyahu.

"Hamas, organisasi pengganas yang mentadbir Gaza, mencuri berjuta-juta dolar daripada organisasi kemanusiaan seperti World Vision dan PBB." "Rakyat Palestin yang tertindas dan miskin dinafikan bekalan bantuan penting dari negara-negara di seluruh dunia," katanya.

Ketua Pengarah bagi kumpulan hak asasi rakyat Palestin Al-Haq, Shawan Jabarin memberitahu Al Jazeera bahawa komen Netanyahu adalah sebahagian daripada kempen lama beliau untuk menyatukan kawalan Israel ke atas bantuan kewangan ke atas wilayah yang dikepung dengan mencemar nama pertubuhan amal antarabangsa.

 "Mereka cuba untuk melemahkan kerja-kerja organisasi bantuan antarabangsa," kata beliau sambil menambah bahawa Netanyahu cuba untuk memujuk menteri luar Eropah menghentikan pembiayaan organisasi Palestin. Israel mengekalkan sekatan ketat ke atas Gaza sejak sedekad lalu, menyekat akses pelbagai barangan asas. Mnurut Bank Dunia, sejumlah 38 peratus daripada rakyat Palestin di Gaza menganggur. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/182324

Mahkamah Switzerland perintah Israel bayar gantirugi


ZURICH 12 Ogos - Sebuah mahkamah tinggi Switzerland semalam memerintahkan Israel membayar Iran sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.3 bilion) berserta faedah dalam satu pertikaian lama berhubung syarikat saluran minyak rahsia yang timbul sebelum revolusi Islam 1979 yang mengakibatkan kedua-dua pihak bermusuhan.
Mahkamah Tribunal Persekutuan Switzerland menolak rayuan Israel yang menyatakan kekurangan proses sewajarnya terhadap keputusan timbang tara tahun lalu.
Keputusan bertarikh 27 Jun itu boleh didapati di laman web mahkamah, Lausanne.
Mahkamah turut menganugerahkan Iran sebanyak AS$461,302 (RM1.8 juta) bagi kos mahkamah dan yuran peguam.
Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada Israel akan membayar jumlah ganti rugi itu memandangkan undang-undang sekatan perdagangan dengan musuh oleh pihak berkuasa tersebut. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mahkamah-switzerland-perintah-israel-bayar-gantirugi-1.369493#sthash.fyaBa32V.dpuf

Thursday, 11 August 2016

‘Palestin tak pernah ada dalam Google Maps’

Gaza dan Tebing Barat

11 OGOS 2016 Paparan skrin yang menunjukkan Gaza dan Tebing Barat tidak kelihatan pada peta tersebut.
RAMALLAH - PALESTIN. Google menafikan dakwaan sengaja memadamkan label Palestin itu sebaliknya memberitahu label tersebut memang tidak pernah wujud dalam pemetaan di Google Maps.

Namun, Google dalam satu kenyataan semalam memberitahu berlaku kesilapan yang membuatkan label ‘Tebing Barat’ dan ‘Gaza’ hilang dari Google Maps.

“Tidak pernah ada label bernama 'Palestine' dalam Google Maps. Namun, kami telah mengesan pepijat (dalam Google Maps) yang membuang label 'Tebing Barat' dan '’Gaza'.
"Kami sedang berusaha secepat mungkin untuk mengembalikan label tersebut di kawasan berkenaan," katanya.
Sebelum ini , isu nama Palestin yang didakwa hilang daripada aplikasi peta Google Maps telah mencetuskan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah daripada masyarakat dunia yang mengakui kewujudan negara tersebut.

Kemarahan tersebut turut disuarakan melalui #PalestineIsHere’ yang menjadi ‘trending’ di media sosial.

Wednesday, 10 August 2016

Israel tahan pemimpin gerakan Islam Palestin


Israel tahan pemimpin gerakan Islam Palestin

TEL AVIV 9 Ogos - Tentera Israel menahan Timbalan Ketua Gerakan Islam di jajahan 48 Palestin cawangan utara, Kamal Khatib selepas menyerbu rumahnya semalam.
Kamal ditahan selepas tentera Israel menyerbu rumah keluarganya di bandar Kafr Kanna kata salah seorang anak lelakinyanya, di laman Facebook peribadinya.
Menurut laman Facebook itu, Kamal, 53 ditahan atas tuduhan ‘menghasut keganasan terhadap rejim Tel Aviv’ melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Palestin serta komen-komen di laman Facebooknya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-tahan-pemimpin-gerakan-islam-palestin-1.368456#sthash.h0XCgwQz.dpuf

Tuesday, 9 August 2016

Padah padam Palestin dalam peta

Padah padam Palestin dalam peta

9 OGOS 2016 Carian untuk 'Palestin' dalam Google Maps tidak menghasilkan rujukan sempurna kepada entiti terbabit sebaliknya hanya memaparkan peta kosong Israel dengan kawasan Gaza, Judea dan Samaria ditandakan dengan garisan sempadan tidak jelas tanpa menyebut butirannya. RAMALLAH - PALESTIN. Syarikat enjin pencari gergasi, Google menerima kecaman seluruh dunia selepas ia menggantikan nama Palestin pada aplikasi petanya dengan Israel.
Barisan Hadapan Wartawan Palestin (PJF) turut menyelar tindakan terbabit yang dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Tel Aviv untuk menubuhkan negara yang sah bagi generasi akan datang dan pada sama menghapuskan Palestin selama-lamanya.
Menurut jurucakapnya, tindakan itu juga adalah sebagai cubaan untuk memutarbelitkan sejarah dan geografi serta hak penduduk Palestin ke atas tanah air mereka.
Susulan itu, PJF mendesak Google supaya melakukan perubahan semula pada aplikasi peta terbabit memandangkan langkah itu bertentangan dengan semua norma dan konvensyen antarabangsa. - middleeastmonitor.com

Sunday, 7 August 2016

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR "Inilah Vidio Kejadian Aneh Misteri Tentara Allah Berwujud Malaikat di Gaza,,



Peristiwa Aneh Dan Misterius Sekitar Perang Gaza. Gaza, tersebut nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Ada di Palestina Selatan, “potongan” itu “terjepit” diantara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, dan dikepung dengan tembok di selama daratannya.

Peristiwa Aneh dan Misteri Tentara Allah Berwujud Malaikat di Gaza
Telah lama Israel “bern4f5u” kuasai lokasi ini. Tetapi, jangankan kuasai, untuk dapat masuk ke dalamnya saja Israel tidak dapat.

Telah banyak langkah yang mereka kerjakan untuk menundukkan kota kecil ini. Blokade rapat yang bikin rakyat Gaza kesusahan peroleh bahan makanan, obat-obatan, dan daya, sudah dikerjakan sejak 2006 sampai saat ini. Tetapi, masyarakat Gaza tetaplah bertahan, bahkan juga perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.

Pada akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke lokasi ini. Mereka”mengguyurkan” beberapa ratus ton bom dan mengerahkan semuanya kemampuan sampai pasukan cadangannya.

Namun, sekali lagi, negara yang termasuk mempunyai militer terkuat didunia ini mesti mundur dari Gaza.

Diatas kertas, kekuatan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, dan sebagian jenis roket buatan lokal yang umum digunakan beberapa mujahidin Palestina, akan tidak dapat menghadapi

pasukan Israel yang di dukung tank Merkava yang dikenal paling hebat didunia. Terlebih hadapi pesawat tempur canggih F-16, heli tempur Apache, dan beberapa ribu ton “bom canggih” buatan Amerika Serikat.

Walau demikian disana ada “kekuatan lain” yang bikin beberapa mujahidin dapat bikin “kaum penjajah” itu hengkang dari Gaza dengan muka tertunduk, walaupun hanya dengan berbekal senjata-senjata “kuno”.

Tersebut pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang didapatkan pada beberapa pejuangnya yang patuh dan ikhlas. Cerita mengenai timbulnya “pasukan lain” yang turut bertempur bersama beberapa mujahidin, semerbak harum jasad beberapa syuhada, dan sebagian momen “aneh” yang lain sepanjang pertempuran, sudah mengedar di kelompok orang-orang Gaza, ditulis beberapa jurnahs, bahkan juga ditayangkan beberapa khatib Palestina di khutbah-khutbah Jumat mereka.

Wartawan kami, Thoriq, merangkum beberapa cerita “ajaib” itu dari berbagai sumber untuk beberapa pembaca yang budiman. Selamat ikuti. ***

Pasukan ‘Berseragam Putih’ di Gaza
Ada “pasukan lain” menolong beberapa mujahidin Palestina. Pasukan Israel sendiri mengaku ada pasukan berseragam putih itu.

Satu hari di penghujung Januari 2009, satu rumah punya keluarga Dardunah yang ada diantara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekumpulan pasukan Israel.

Semua anggota keluarga diperintahkan duduk di satu ruang. Satu diantara anak lelaki diinterogasi tentang tanda-tanda beberapa pejuang al-Qassam.

Waktu diinterogasi, seperti ditulis website Filisthin Al Aan, mengutip narasi seseorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur kalau beberapa pejuang al-Qassam kenakan pakaian hitam-hitam. Walau demikian tentara itu jadi marah dan memukulnya sampai laki-laki malang itu pingsan.

Sepanjang tiga hari berturut-turut, setiap di tanya, lelaki itu menjawab kalau beberapa pejuang al-Qassam berseragam hitam. Pada akhirnya, tentara itu naik pitam serta menyampaikan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih! ”

Cerita lain yang di sampaikan masyarakat Palestina di website punya Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga mengatakan ada “pasukan lain” yang tidak di kenal. Awalannya, satu ambulan dihentikan oleh sekumpulan pasukan Israel. Sopirnya di tanya apakah dia datang dari grup Hamas atau Fatah? Sopir malang itu menjawab, “Saya bukanlah kelompok mana-mana. Saya hanya sopir ambulan. ”

Walau demikian tentara Israel itu masihlah bertanya, “Pasukan yang kenakan pakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana? ” Si sopir juga kebingungan, karena ia tidak lihat seseorangpun yang ada di belakangnya. “Saya tidak tahu, ” jawaban hanya satu yang ia miliki.

Suara Tidak Bersumber
Ada lagi cerita karamah mujahidin yang kesempatan ini dijelaskan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang sudah disiarkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di website Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Sang khatib menceritakan, seseorang pejuang sudah menanam satu ranjau yang sudah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan itu.

“Saya sudah menanam satu ranjau. Saya lalu lihat satu helikopter menurunkan beberapa besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam ranjau, ” kata pejuang tadi.

Pada akhirnya, sang pejuang mengambil keputusan untuk kembali pada markas karena menduga ranjau itu akan tidak bekerja maksimal. Maklum, jumlah musuh sangat banyak.

Walau demikian, sebelumnya beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah ditempat jadi Allah menguatkanmu. ” Perkataan itu ia dengar berkali-kali sejumlah tiga kali.

“Saya mencari seputar untuk tahu siapa yang menyampaikan hal semacam itu kapada saya. Walau demikian saya jadi terkejut, karena tidak ada seseorang juga yang bersama saya, ” ucap mujahidin itu, seperti ditirukan sang khatib.

Pada akhirnya sang mujahid mengambil keputusan untuk tetaplah ada di lokasi. Saat satu tank melalui ranjau yang tertanam, sesualu yang “ajaib” berlangsung. Ranjau itu malah meledak sangat dahsyat. Tank yang ada di dekatnya langsung hancur. Banyak serdadu Israel meninggal saat itu juga. Beberapa dari mereka mesti diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam kondisi selamat, ” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang di sampaikan oleh seseorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam website alraesryoon. com, turut mendukung beberapa cerita terlebih dulu. Abu Mujahid, salah seseorang pejuang yang lakukan ribath (berjaga) menyampaikan, “Ketika saya mencermati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seseorang juga di sekitaran, walau demikian saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berulang-kali berusaha untuk meyakinkan asal suara itu, pada akhirnya saya meyakinkan kalau suara itu tidak keluar terkecuali dari bebatuan dan pasir. ”

Cerita tentang “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seseorang masyarakat tempat tinggal susun lokasi Tal Islam yang handak mengungsi bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.

Di tangga rumah ia lihat sebagian pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis? ” tanyanya. “Kami menangis bukanlah karena khawatir kondisi diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis lantaran bukanlah kami yang bertempur. Disana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak paham dari tempat mana mereka datang, ” jawabnya

Saksi Serdadu Israel
Cerita mengenai “serdadu berseragam putih” tidak cuma disibak oleh mujahidin Palestina atau warga Gaza. Sebagian personel pasukan Israel sendiri menyebutkan hal sama.

Website al-Qassam memberitakan kalau TV Chan*nel 10 milik Israel sudah menyiarkan seseorang anggota pasukan yang turut dan dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam kondisi buta.

“Ketika saya ada di Gaza, seorang tentara kenakan pakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, sampai waktu itu juga saya buta, ” kata anggota pasukan ini.

Ditempat lain ada serdadu Israel yang menyampaikan mereka pernah bertemu dengan “hantu”. Mereka tidak di ketahui dari tempat mana aslinya, kapan timbulnya, dan ke mana menghilangnya.

Masihlah dari Channel 10, seseorang Lentara Israel yang lain menyampaikan, “Kami bertemu dengan pasukan berbaju putih-putih dengan jenggot panjang. Kami tembak dengan senjata, walau demikian mereka tidak m4ti. ”

Cerita ini menggelitik banyak pirsawan. Mereka bertanya pada Channel 10, siapa sesungguhnya pasukan berseragam putih itu? ***

Sudah Meledak, Ranjau Masihlah Utuh
Di waktu beberapa mujahidin terjepit, hewan-hewan dan alam mendadak turut menolong, bahkan juga menjelma jadi suatu hal yang menakutkan.

Satu peristiwa “aneh” berlangsung di Gaza Selatan, tepatnya di daerah AI Maghraqah. Waktu itu beberapa mujahidin tengah menempatkan ranjau. Di waktu mengulur kabel, mendadak satu pesawat mata-mata Israel memergoki mereka. Bom juga langsung jatuh ke lokasi itu.

Untunglah beberapa mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan penyebab yang tadi akan disambung jadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, lantaran pesawat masihlah berputar-putar diatas.

Selang beberapa saat, sebagian tank Israel mendekati lokasi dimana ranjau-ranjau itu ditanam. Tidak sebatas melalui, tank-tank itu jadi berhenti tepat diatas peledak yang telah tidak berperan itu.

Apa daya, golongan Mujahidin tidak dapat berbuat apa-apa. Kabel ranjau terang tidak mungkin saja disambung, sesaat tank-tank Israel sudah berkumpul persis diatas ranjau.

Mereka terasa sangat sedih, bahkan juga ada yang menangis saat lihat pemandangan itu. Beberapa yang lain berdoa, “allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum, ” yang maknanya, “Ya Allah, seperti engkau tidak memberi peluang kami hadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak mempunyai kesempatan sama. ”

Mendadak, saat fajar tiba, terjadi keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang semula tidak berfungsi.

Sesudah Tentara Israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, beberapa mujahidin segera melihal lokasi ledakan. Sungguh aneh, nyatanya semua ranjau yang sudah mereka tanam itu masihlah utuh. Dari tempat mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.

Masihlah dari lokasi Al Maghraqah. Waktu pasukan Israel menembakkan artileri ke satu diantara rumah, sampai tempat tinggal itu terbakar dan api menyebar ke rumah sampingnya, beberapa mujahidin dihinggapi rasa cemas bila api itu makin tidak terkendali.

Seseorang dari mujahidin itu lalu berdoa, ”Wahai Dzat yang mengubah api jadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu. ” 

Jadi, tidak lebih dari 
tiga menit, api juga padam. Para niujahidin menangis terharu karena
mereka terasa Allah Subhanuhu wa Ta’ala (SWT) sudah berikan pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.

Merpati dan 4nj!ng 
Seseorang mujahid Palestina menjelaskan cerita “aneh” yang lain pada website Filithin AlAan. Waktu bertugas di lokasi Jabal Ar Rais, sang mujahid lihat seekor merpati terbang dengan suara melengking, yang melintas sebelumnya rudal-rudal Israel berjatuhan di lokasi itu. 

Beberapa mujahidin yang juga lihat merpati itu langsung menangkap ada isyarat yang menginginkan di sampaikan sang merpati. 

Demikian merpati itu melintas, beberapa mujahidin segera berlindung ditempat persembunyian mereka. Nyatanya sangkaan mereka benar. Selang beberapa saat lalu bom-bom Israel datang menghujan. Beberapa mujahidin itu juga selamat. 

Adalagi cerita “keajaiban” tentang seekor 4nj!ng, seperti dikabarkan website Filithin Al Aan. Satu hari, ketika beberapa kumpulan mujahidin Al Qassam lakukan ribath di front pada tengah malam, mendadak nampak seekor 4nj!ng militer Israel jenis doberman. 4nj!ng itu nampaknya memanglah dilatih spesial untuk menolong pasukan Israel temukan tempat penyimpanan senjata serta persembunyian beberapa mujahidin. 

4nj!ng besar ini mendekat dengan memperlihatkan sikap tidak bersahabat. Salah seseorang mujahidin lalu mendekati 4nj!ng itu serta berkata padanya, “Kami yaitu beberapa mujahidin di jalan Allah dan kami diperintahkan untuk tetaplah ada ditempat ini. Karenanya, menjauhlah dari kami, dan janganlah menyebabkan permasalahan buat kami. ” 

Kemudian, si 4nj!ng duduk dengan dua tangannya dijulurkan ke depan serta diam. Pada akhirnya, seseorang mujahidin yang lain mendekatinya dan memberikannya sebagian korma. Dengan tenang 4nj!ng itu mengonsumsi korma itu, lalu beranjak pergi. 

Kabut juga Turut Membantu 
Ada juga cerita menarik yang di sampaikan oleh komandan lapangan Al Qassam di kamp pengungsian Nashirat, segera sesudah selesai shalat dhuhur di masjid Al Qassam. 

Waktu itu sekumpulan mujahidin yang lakukan ribath di Tal Ajul terkepung oleh tank-tank Israel dan pasukan khusus mereka. Dari atas, pesawat mata-mata selalu mengawasi. 

Di waktu posisi beberapa mujahidin terjepit, kabut tebal mendadak turun pada malam itu. Kabut itu capek menutupi pandangan mata tentara Israel dan menolong pasukan mujahidin keluar dari kepungan. 

Masalah sama dikisahkan oleh Abu Ubaidah. satu diantara pemimpin lapangan Al Qassam, seperti ditulis website almesryoon. com. la menceritakan bagaimana kabut tebal mendadak turun dan membatu beberapa mujahidin untuk lakukan serangan. 

Awalannya, pasukan mujahiddin tengah menanti saat yang pas untuk mendekati tank-tank tentara Israel manfaat meledakkannya. “Tak lupa kami berdoa pada Allah supaya dimudahkan untuk lakukan serangan ini, ” kata Abu Ubaidah. 

Mendadak turunlah kabut tebal ditempat itu. Pasukan mujahidin selekasnya bergerak menyelusup diantara tank-tank, menanam ranjau-ranjau di dekatnya, dan selekasnya meninggalkan lokasi tanpa ada di ketahui pesawat mata-mata yang penuhi langit Gaza, atau oleh pasukan infantri Israel yang ada di sekitaran kendaraan militer itu. Lima tentara Israel tewas ditempat serta beberapa puluh yang lain luka-luka sesudah ranjau-ranjau itu meledak. 

Selamat dengan al-Qur’an 
Cerita ini berawal saat salah seseorang pejuang yang menanggung derita luka masuk rumah sakit As Syifa’. Seseorang dokter yang memeriksanya kaget saat mengelahui ada sepotong proyektil peluru bersarang di saku pejuang itu. 

Yang bikin ia begitu kaget yaitu timah panas itu tidak berhasil menembus jantung sang pejuang karena terhambat oleh satu buku doa dan mushaf al-Qur’an yang selalu ada di saku sang pejuang. 

Buku kumpulun doa itu berlobang, tetapi cuma sampul muka mushaf itu saja yang rusak, sedang proyektil sendiri memiliki bentuk sudah “berantakan”. 

Cerita ini disaksikan sendiri oleh Dr Hisam Az Zaghah, dan diceritakannya waktu Festival Ikatan Dokter Yordan seperti ditulis website partai Al Ikhwan Al Muslimun. 

Dr Hisam juga memerlihatkan bukti berbentuk satu proyektil peluru, mushaf Al Qur’an, dan buku himpunan doa-doa berjudul Hishnul Muslim yang menahan peluru itu. 

Abu Ahid, imam Masjid AnNur di Hay As Syeikh Ridzwan, juga miliki cerita menarik. Terlebih dulu, Israel sudah menembakkan 3 rudalnya ke masjid itu sampai tidak tersisa terkecuali cuma puing-puing bangunan. “Akan namun mushaf-mushaf Al Quran tetaplah ada di tampatnya dan tidak tersentuh apa-apa, ” ucapnya seraya tidak henti bertasbih. 

“Kami jumpai sebagian mushaf yang terbuka tepat di ayat-ayat yang menyampaikan kabar mengenai kemenangan dan kesabaran, seperti firman Allah, ‘Dan Kami pastinya akan menguji anda dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita senang pada beberapa orang yang sabar, yakni beberapa orang yang jika ditimpa musibah mereka berkata, sebenarnya kami punya Allah serta kepada-Nyalah kami kembali, ” (Al-Baqarah 2 : 155-156), ” terang Abu Ahid seperti diambil Islam On-line. *** 

Harum Jasad Beberapa Syuhada 
Abdullah As Shani yaitu anggota kesatuan sniper (penembak tepat) al-Qassam sebagai tujuan rudal pesawat F-16 Israel saat tengah ada di pos keamanan di Nashirat, Gaza. 

Jasad komandan lapangan al-Qassam dan pengawal spesial beberapa tokoh Hamas ini hilang” sesudah terserang rudal. Sepanjang dua hari jasad itu di cari, nyatanya telah hancur tidak tersisa terkecuali serpihan kepala serta dagunya. Serpihan-serpihan badan itu lalu dihimpun serta dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya untuk dimakamkan. 

Sebelumnya dikebumikan, seperti dirilis website syiria-aleppo. com, serpihan jasad itu pernah disemayamkan di satu ruang dirumah keluarganya. Sebagian lama lalu, mendadak muncul bau harum misk dari ruang penyimpanan serpihan tubuh tadi. 

Keluarga Abdullah As Shani’ terkejut lalu memberitahukan pada beberapa orang yang mengetahui sang pejuang yang mempunyai kuniyah (julukan) Abu Hamzah ini.

Lalu, beberapa puluh orang ramai-ramai mendatangi tempat tinggal itu untuk menc!um bau harum yang berasal dari serpihan-serpihan badan yang diletakkan dalam satu kantong plastik. 

Bahkan juga, menurut pihak keluarga, 20 hari sesudah meninggal dunianya pria yang tidak sukai memperlihatkan amalan-amalannya ini, bau harum itu kembali semerbak penuhi rungan yang sama. 

Cerita yang sama berlangsung juga pada jenazah Musa Hasan Abu Nar, mujahid Al Qassam yang juga syahid karena serangan udara Israel di Nashiriyah. Dr Abdurrahman Al Jamal, penulis yang bermukim di Gaza, turut menc!um bau harum dari sepotong kain yang terserang darah Musa Hasan Abu Nar. Walaupun kain itu sudah dicuci beberapa kali, bau itu tetaplah semerbak. 

Ketua Partai Amal Mesir, Majdi Ahmad Husain, melihat sendiri harumnya jenazah beberapa syuhada. Sebagaunana ditulis website Al Quds Al Arabi, waktu masihlah ada di Gaza, ia mengemukakan, “Saya sudah mengunjungi beberapa besar kota dan desa-desa. Saya menginginkan lihat bangunan-bangunan yang hancur karena serangan Israel. Percayalah, kalau saya menc!um bau harumnya beberapa syuhada. ” 

Dua Minggu Meninggal dunia, Darah Tetaplah Mengalir 
Yasir Ali Ukasyah sengaja pergi ke Gaza dalam rangka berhimpun dengan sayap milisi pejuang Hamas, Brigade Izzuddin al-Qassam. Ia meninggalkan Mesir sesudah gerbang Rafah, yang menghubungkan Mesir-Gaza, terbuka sebagian bulan lalu. 

Terlebih dulu, pemuda yang suka menghafal al-Qur’an ini pernah ikuti wisuda huffadz (beberapa penghafal) al-Qur’an di Gaza dan berhimpun dengan beberapa mujahidin untuk peroleh pelatihan militer. Sebelumnya masuk Gaza, di pertemuan akhir dengan satu diantara sahabatnya di Rafah, ia memohon didoakan agar peroleh kesyahidan. 

Untung tidak bisa tidak diterima, malang tidak bisa dicapai, di bumi jihad Gaza, ia sudah peroleh apa yang ia cita-citakan. Yasir syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan Israel di kamp pengungsian Jabaliya. 

Karena keadaan medan, jasadnya baru dapat dievakuasi sesudah dua minggu meninggal dunianya di medan pertempuran itu. 

Walaupun sudah dua minggu meninggal, beberapa pejuang yang turut dan lakukan evakuasi melihat kalau darah segar pemuda berusia 21 tahun itu masihlah mengalir dan fisiknya tidak rusak. Keadaannya mirip seperti orang yang tengah tertidur. 

Sebelumnya syahid, beberapa pejuang pernah tawarkan padanya untuk menikah dengan satu diantara gadis Palestina, tetapi ia menolak. “Saya meninggalkan keluarga dan tanah air karena hal yang semakin besar dari itu, ” jawabnya. 

Berita mengenai keadaan jenazah pemuda yang mempunyai kuniyah Abu Hamzah beredar di kelompok masyarakat Gaza. Beberapa khatib juga membuatnya sebagai bahan khutbah Jumat mereka atas tanda-tanda keajaiban perang Gaza. Cerita ini dapat dimuat oleh Arab Times (7/2/2009) 

Terbunuh 1. 000, Lahir 3. 000 
Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Kelihatannya, ungkapan ini cocok disematkan pada masyarakat Gaza. Rasa sedih rakyat Gaza atas hilangnya nyawa 1. 412 putra putrinya, terobati dengan lahirnya 3. 700 bayi selama 22 hari gempuran Israel pada kota kecil ini. 

Hamam Nisman, Direktur Dinas Hubungan Sosial dalam Kementerian Kesehatan pemerintahan Gaza menyebutkan kalau dalam 22 hari 3. 700 bayi lahir di Gaza. “Mereka lahir pada tanggal 27 Desember 2008 sampai 17 Januari 2009, ketika Is*rael lakukan serangan yang mengakibatkan meninggalnya 1. 412 rakyat Gaza, yang sebagian besar wanita dan anak-anak, ” katanya. 

Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi di banding bebrapa bulan terlebih dulu. “Setiap tahun 50 ribu masalah kelahiran terdaftar di Gaza. Dan, dalam sebulan terdaftar 3. 000 sampai 4. 000 kelahiran. Walau demikian di saat serangan Israel 22 hari, kami mencatat 3. 700 kelahiran dan pada sisa bln. Januari tercatat 1. 300 kelahiran. Bermakna dalam bln. Januari berlangsung penambahan kelahiran sampai 1. 000 masalah, ” katanya pada islamonline. net.


sumber : http://lagiingetren.blogspot.com/2016/07/allahu-akbar-allahu-akbar-inilah-vidio.html

Hubungan ‘kuat’ dengan Zionis

Hubungan ‘kuat’ dengan Zionis

MUSLIM IMRAN
5 OGOS 2016

 Pergolakan di rantau Arab telah mengorbankan banyak nyawa.

KEADAAN tersebut juga menjadikan teori bahawa ‘penyelesaian isu Palestin yang dicapai akan memberikan kestabilan kepada negara tersebut’ adalah tidak logik kerana terdapat banyak pihak yang terlibat.
Maka negara itu tidak akan memperoleh kestabilan tanpa mengambil kira tragedi yang berlaku di Palestin!
Manakala kuasa besar serantau seperti Iran dan Turki, penglibatan mereka secara langsung dalam pergolakan yang berlaku di negara tersebut (Syria), menyebabkan mereka beralih arah daripada memberi tumpuan utama terhadap isu Palestin.
Ia bukan sahaja berlaku pada organisasi rasmi bahkan tindak balas serta reaksi masyarakat awam terhadap tragedi yang berlaku di Palestin juga semakin berkurangan.
Kedua, sebahagian kuasa dan negara mendapat bantuan daripada kesatuan Zionis serta mengadakan hubungan dua hala yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan dalam pertempuran dengan pihak lain.
Malah terdapat sebahagian negara Arab yang mula memuji Israel secara terang mahupun tersembunyi terhadap apa yang dilakukan oleh Iran ketika peperangan melawan Iraq, yang dikenali sebagai Iran-contra.
Kesimpulannya, selagi mana berlakunya pertembungan mazhab dan semakin parah, maka kecenderungan mana-mana pihak untuk mengadakan hubungan dengan entiti Zionis juga semakin besar.
Apa boleh dilakukan masyarakat Palestin?
Senario yang rumit ini menjadikan tanggungjawab semua pihak semakin berganda bagi mengurangkan pertembungan mazhab, sekali gus memadamkan api perbalahan.
Perkara yang perlu dilakukan pihak berkuasa Palestin ialah menjauhi daripada tergelincir dalam pergolakan yang sedang berlaku dengan menyatakan sokongan kepada pihak tertentu sama ada secara langsung atau tidak.
Tindakan yang paling selamat secara diplomatik adalah ‘berkata perkara yang baik ataupun diam’.
Walau apa terjadi, kecenderungan pihak berkuasaPalestin terhadap mana-mana pihak tidak akan mengubah senario tersebut.
Pergolakan tersebut merupakan dimensi antarabangsa dan serantau di mana kuasa besar juga tidak mampu menamatkannya, maka bukanlah satu tindakan yang bijak dengan menyertai peperangan yang merugikan.
Apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa Palestin ialah mengumpulkan barisan umat untuk melakukan  penentangan terhadap pihak penjajah Israel dengan cara mengumpulkan anak-anak muda atau sebahagian daripada mereka untuk menghadapi musuh luar yang bersekutu.
Semoga cara tersebut menjauhkan mereka daripada terjebak dengan peperangan dalaman yang tidak akan dimenangi oleh sesiapa pun.
Namun keadaan ini tidak akan bertahan lama memandangkan perubahan yang berlaku di negara tersebut setelah pencerobohan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq.
Ia menyaksikan kemasukan pelbagai pihak yang bergelut dalam tragedi Baghdad selepas kejatuhan Saddam Hussein, antaranya Iran dan sekutunya, al-Qaeda serta pecahannya.
Tahun 2005-2006 menyaksikan pergolakan mazhab yang paling teruk di rantau tersebut sejak berkurun lamanya.
Punca pergolakan
Faktor pertama membawa kepada peningkatan pergolakan berkenaan ialah berlakunya penyebaran dan peningkatan wacana serta dialog agama yang keterlaluan, sekali gus menggalakkan pengumpulan beribu remaja dan masyarakat awam untuk menyertai medan pertempuran.
Walaupun wacana seperti ini telah wujud sejak dahulu, namun kewujudan teknologi maklumat menyebabkan penyebarannya semakin kuat.
Kedua, disebabkan pertempuran yang berterusan serta pertumpahan darah dalam pelbagai situasi.
Manakala mangsa korban terhadap kewujudan Iran di Iraq dan Syria serta mangsa kejadian bunuh diri yang banyak akan terus menjadi bahan bakar kepada api pergolakan baharu pada masa akan datang.
Ketiga, pertambahan penggunaan propaganda media oleh pelbagai pihak daripada pihak-pihak berkuasa dan banyak negara untuk mendapatkan keuntungan tertentu.
Kesimpulan
Senario serantau yang begitu rumit menyebabkan penganalisis meramalkan bahawa pergolakan di tanah Arab sedang menuju ke arah yang semakin parah.
Kemasukan Rusia dalam barisan syiah serta pengunduran separa AS dari negara terlibat di mana ia adalah kuasa autoriti yang menjadi tempat bergantung oleh kebanyakan pimpinan sunni, menyebabkan pergolakan di Syria dijangka berterusan.
Malah, ia juga menjadi satu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Lebih merumitkan lagi adalah kebarangkalian tercetusnya perbalahan baharu seperti Bahrain dan negara-negara teluk yang lain.
Melihat kepada arus pergolakan ini dan natijah daripada perbalahan antara mazhab dan kumpulan, jelas menunjukkan bahawa masa depan di tanah Arab akan menjadi lebih buruk.

MUSLIM IMRAN
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (Pcom)

Ratusan tahanan Palestin lancar mogok lapar


07 Ogos 2016 12:06 AM

BAITULMAQDIS 6 Ogos – Beratus-ratus tahanan Palestin melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap layanan buruk yang dilakukan oleh pengawal penjara terhadap mereka selain memberi sokongan kepada Bilal Kayed yang telah melancarkan mogok lapar selama 52 hari kerana ditahan tanpa dibicara.
Menurut kenyataan Kelab Tahanan Palestin, seramai 80 tahanan tidak menjamah makanan sejak semalam, menyertai 325 tahanan lain yang telah melancarkan mogok lapar sejak dua hari lalu di beberapa penjara di Israel dan Tebing Barat.
Menurut laporan Al Jazeera, jumlah mereka yang menyertai mogok lapar itu dijangka bertambah esok.
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Pihak Berkuasa Palestin memberitahu AFP, tahanan ber­kenaan membantah serbuan yang diadakan di penjara pada ming­gu lalu yang berakhir dengan beberapa tahanan diasing dan dikurung bersendirian, barangan peribadi dirampas manakala beberapa tahanan turut dipindah ke penjara lain.
Difahamkan mereka yang terlibat dalam mogok lapar itu telah dikenakan denda AS$185 (RM745) setiap seorang dan tidak dibenarkan menerima pelawat selama dua bulan.
Dalam pada itu pegawai penjara Israel memberitahu, bantahan itu juga dilancarkan sebagai tindak balas terhadap keputusan pihak berkuasa untuk menahan tahanan dari kumpulan Hamas dalam sel yang berasingan.
Perkhidmatan Penjara Israel turut memaklumkan, pihaknya telah memindahkan tahanan Hamas, menggeledah sel dan me­rampas telefon bimbit setelah menerima maklumat risikan tentang keganasan dalam penjara.
Seorang jurucakap membe­ritahu AFP, pada masa ini terdapat 262 tahanan Hamas melancarkan mogok lapar bersama-sama 93 tahanan lain dari Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP) yang melancarkan tindakan itu sebagai menyokong Bilal.
Bilal, 35, sepatutnya dibebaskan pada Jun lalu setelah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun setengah kerana terlibat dengan aktiviti PFLP yang dilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh Israel, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel memerintahkan beliau dikekalkan dalam penjara berdasarkan undang-undang pentadbiran penahanan yang membenarkan tahanan ditahan tanpa dibicara selama tempoh enam bulan.
Bilal kini mengalami kegagalan buah pinggang dan telah kehila­ngan berat badan sebanyak 30 kilogram.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ratusan-tahanan-palestin-lancar-mogok-lapar-1.367334#sthash.k6mOwlUB.dpuf

Friday, 5 August 2016

Netanyahu punca Palestin hilang pekerjaan - SodaStream

DUNIA KHAMIS, 4 OGOS 2016 @ 2:11 PM

NETANYAHU bertanggungjawab memecat ratusan pekerja Palestin di firma SodaStream. - Foto Reuters


TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bertanggungjawab memecat ratusan pekerja Palestin di firma SodaStream, dan menjejaskan 'pulau keamanan' yang dicuba diwujudkan firma itu bagi penduduk Yahudi dan Israel.

 Bercakap ketika temubual eksklusif dengan Times of Israel, Ketua Pegawai Eksekutif SodaStream, Daniel Birnbaum, menuduh Netanyahu terbabit secara peribadi dalam proses birokratik yang memaksa syarikat itu memecat pekerja Palestin.

Menurut Birnbaum, ia bermula apabila SodaStream memutuskan ia memerlukan lebih banyak ruang dan memilih untuk menutup kilangnya di Tebing Barat.

Langkah itu, bagaimanapun disusuli dengan kempen memulaukan syarikat berkenaan yang dituduh pengkritik menghasilkan wang di atas tanah yang dicuri Israel. Walaupun Birnbaun menegaskan langkah itu dibuat secara sukarela, beliau berkata kerajaan Israel menuduh SodaStream terpaksa bertindak berikutan tekanan pergerakan pro-Palestin, selain memecat 500 pekerja Palestin di syarikat itu.

Bagaimanapun, ia menegaskan mahu mengekalkan 350 daripada 500 pekerja Palestin untuk bekerja di kilang barunya di Negev. Bagaimanapun, Birnbaum menegaskan sukar untuk mengekalkan bilangan itu kerana syarikat berkenaan cuma diberi permit mengupah 120 penduduk Palestin, yang kemudian dikurangkan kepada 74 sahaja.

 Sejak Februari lalu, 74 pekerja itu dilarang memasuki Israel dan permit mereka dibatalkan. "Nampaknya, 74 pekerja Palestin itu menjadi ancaman kepada agensi Netanyahu," kata Birnbaum yang merujuk pemimpin Israel itu sebagai 'Perdana Menteri konflik' dan menegaskan Netanyahu bertanggungjawab di atas perkara itu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/179875

Israel roboh rumah warga Palestin


AFP - IMEJ menunjukkan sebuah rumah salah seorang warga Palestin yang dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel semalam.


BAITULMUQADDIS – Tentera Israel telah bertindak merobohkan rumah dua lelaki warga Palestin di selatan Tebing Barat yang menembak mati empat warga Israel di sebuah kelab malam di Tel Aviv pada Jun lalu, kata pasukan tentera itu semalam.
“Atas arahan kerajaan, pasukan keselamatan telah memusnahkan kediaman dua pengganas yang melakukan serangan di pasar Sarona pada 8 Jun lalu dan membunuh empat orang awam serta mencederakan beberapa yang lain.
“Tentera memusnahkan kediaman Mohammad Makhamra di Hirbeit Ruqa dan Khaled Makhamrah di Yatta,” kata seorang jurucakap tentera.
Kedua-dua mereka yang me­rupakan sepupu didakwa bulan lalu di Mahkamah Daerah di Tel Aviv kerana membunuh, bersubahat untuk membunuh dan cubaan membunuh bersama seorang lagi suspek dari Yatta, selatan Hebron yang disyaki menyediakan mereka senjata.
Menurut agensi keselamatan dalam negeri Bet Shin, serangan itu dirancang sebagai tindak balas selepas serangan arson (perbuatan membakar dengan sengaja) pada Julai tahun lalu oleh kumpulan pelampau Yahudi di Tebing Barat dan membunuh tiga anggota sebuah keluarga Palestin termasuk seorang bayi berusia 18 bulan.
“Khaled Makhamrah mahu melakukan serangan balas terhadap Israel atas nama kumpulan militan Daesh semasa bulan Ramadan,” kata Shin Bet bulan lalu.
Israel sering merobohkan rumah-rumah penyerang Palestin sebagai satu langkah untuk menghalang serangan lanjut.
Keganasan di wilayah Palestin dan Israel sejak Oktober telah membunuh sekurang-kurangnya 219 warga Palestin, Israel (34), Amerika Syarikat (2) dan masing-masing seorang dari Eritrea dan Sudan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4GPWP671x 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 4 August 2016

Israel meluluskan undang-undang memenjarakan kanak-kanak

KHAMIS, 4 OGOS 2016 @ 10:15 AM

 TEl AVIV: Ahli perundangan Israel meluluskan undang-undang memenjarakan kanak-kanak semuda 12 tahun yang disabitkan dengan 'kesalahan pengganas' berikutan serangan dilancarkan penduduk muda Palestin.

 "Rang Undang-Undang Belia yang akan membolehkan pihak berkuasa memenjarakan golongan bawah umur yang disabitkan bersalah melakukan jenayah serius seperti membunuh, cubaan membunuh atau membunuh tanpa niat walaupun pelaku berusia di bawah 14 tahun, sudah lulus bacaan kedua dan ketiga malam tadi," menurut satu kenyataan Parlimen hari ini.

Kenyataan dalam bahasa Inggeris itu menambah tahap serius serangan sejak beberapa bulan ini "menuntut pendekatan lebih agresif, termasuk terhadap golongan kanak-kanak.

" Kenyataan itu memetik ahli perundangan Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netayangu, Anat Berko, sebagai berkata "bagi yang dibunuh dengan tikaman di jantung, mereka tidak kisah sama ada belia itu berusia 12 atau 15 tahun.

" Keganasan di wilayah Palestin dan Israel sejak Oktober mengorbankan sekurang-kurangnya 219 penduduk Palestin dan 34 Israel.

Kebanyakan penduduk Palestin yang dibunuh didakwa membawa pisau, senjata atau melakukan serangan dengan merempuh kenderaan. Kebanyakan mangsa masih muda, termasuk remaja.

Sementara belia lain ditembak mati ketika bantahan dan pertempuran dengan pasukan keselamatan. Menteri Kehakiman Ayelet Shaked menyokong rang undang-undang itu apabila dibentangkan kepada jawatankuasa menteri tahun lalu. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/179803