Friday 12 August 2016

Netanyahu diselar konon lebih tumpu penduduk Palestin

DUNIA JUMAAT, 12 OGOS 2016 @ 7:58 AM

GAZA: Kumpulan hak asasi Palestin menyelar dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa beliau dan Israel lebih mengambil berat mengenai orang Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri.

Netanyahu membuat kenyataan itu semalam sebagai membalas dakwaan bahawa Hamas, pemerintah Gaza, menerima sejumlah besar dana bantuan daripada badan amal global World Vision dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara haram.

"Saya, Perdana Menteri Israel lebih mengambil berat mengenai rakyat Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri," kata Netanyahu dalam video yang disiarkan dalam talian. "Israel lebih mengambil berat mengenai Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri," kata Netanyahu.

"Hamas, organisasi pengganas yang mentadbir Gaza, mencuri berjuta-juta dolar daripada organisasi kemanusiaan seperti World Vision dan PBB." "Rakyat Palestin yang tertindas dan miskin dinafikan bekalan bantuan penting dari negara-negara di seluruh dunia," katanya.

Ketua Pengarah bagi kumpulan hak asasi rakyat Palestin Al-Haq, Shawan Jabarin memberitahu Al Jazeera bahawa komen Netanyahu adalah sebahagian daripada kempen lama beliau untuk menyatukan kawalan Israel ke atas bantuan kewangan ke atas wilayah yang dikepung dengan mencemar nama pertubuhan amal antarabangsa.

 "Mereka cuba untuk melemahkan kerja-kerja organisasi bantuan antarabangsa," kata beliau sambil menambah bahawa Netanyahu cuba untuk memujuk menteri luar Eropah menghentikan pembiayaan organisasi Palestin. Israel mengekalkan sekatan ketat ke atas Gaza sejak sedekad lalu, menyekat akses pelbagai barangan asas. Mnurut Bank Dunia, sejumlah 38 peratus daripada rakyat Palestin di Gaza menganggur. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/182324

No comments:

Post a Comment