Kamal ditahan selepas tentera Israel menyerbu rumah keluarganya di bandar Kafr Kanna kata salah seorang anak lelakinyanya, di laman Facebook peribadinya.
Menurut laman Facebook itu, Kamal, 53 ditahan atas tuduhan ‘menghasut keganasan terhadap rejim Tel Aviv’ melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Palestin serta komen-komen di laman Facebooknya. - UTUSAN ONLINE