Sunday 7 August 2016

Hubungan ‘kuat’ dengan Zionis

Hubungan ‘kuat’ dengan Zionis

MUSLIM IMRAN
5 OGOS 2016

 Pergolakan di rantau Arab telah mengorbankan banyak nyawa.

KEADAAN tersebut juga menjadikan teori bahawa ‘penyelesaian isu Palestin yang dicapai akan memberikan kestabilan kepada negara tersebut’ adalah tidak logik kerana terdapat banyak pihak yang terlibat.
Maka negara itu tidak akan memperoleh kestabilan tanpa mengambil kira tragedi yang berlaku di Palestin!
Manakala kuasa besar serantau seperti Iran dan Turki, penglibatan mereka secara langsung dalam pergolakan yang berlaku di negara tersebut (Syria), menyebabkan mereka beralih arah daripada memberi tumpuan utama terhadap isu Palestin.
Ia bukan sahaja berlaku pada organisasi rasmi bahkan tindak balas serta reaksi masyarakat awam terhadap tragedi yang berlaku di Palestin juga semakin berkurangan.
Kedua, sebahagian kuasa dan negara mendapat bantuan daripada kesatuan Zionis serta mengadakan hubungan dua hala yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan dalam pertempuran dengan pihak lain.
Malah terdapat sebahagian negara Arab yang mula memuji Israel secara terang mahupun tersembunyi terhadap apa yang dilakukan oleh Iran ketika peperangan melawan Iraq, yang dikenali sebagai Iran-contra.
Kesimpulannya, selagi mana berlakunya pertembungan mazhab dan semakin parah, maka kecenderungan mana-mana pihak untuk mengadakan hubungan dengan entiti Zionis juga semakin besar.
Apa boleh dilakukan masyarakat Palestin?
Senario yang rumit ini menjadikan tanggungjawab semua pihak semakin berganda bagi mengurangkan pertembungan mazhab, sekali gus memadamkan api perbalahan.
Perkara yang perlu dilakukan pihak berkuasa Palestin ialah menjauhi daripada tergelincir dalam pergolakan yang sedang berlaku dengan menyatakan sokongan kepada pihak tertentu sama ada secara langsung atau tidak.
Tindakan yang paling selamat secara diplomatik adalah ‘berkata perkara yang baik ataupun diam’.
Walau apa terjadi, kecenderungan pihak berkuasaPalestin terhadap mana-mana pihak tidak akan mengubah senario tersebut.
Pergolakan tersebut merupakan dimensi antarabangsa dan serantau di mana kuasa besar juga tidak mampu menamatkannya, maka bukanlah satu tindakan yang bijak dengan menyertai peperangan yang merugikan.
Apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa Palestin ialah mengumpulkan barisan umat untuk melakukan  penentangan terhadap pihak penjajah Israel dengan cara mengumpulkan anak-anak muda atau sebahagian daripada mereka untuk menghadapi musuh luar yang bersekutu.
Semoga cara tersebut menjauhkan mereka daripada terjebak dengan peperangan dalaman yang tidak akan dimenangi oleh sesiapa pun.
Namun keadaan ini tidak akan bertahan lama memandangkan perubahan yang berlaku di negara tersebut setelah pencerobohan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq.
Ia menyaksikan kemasukan pelbagai pihak yang bergelut dalam tragedi Baghdad selepas kejatuhan Saddam Hussein, antaranya Iran dan sekutunya, al-Qaeda serta pecahannya.
Tahun 2005-2006 menyaksikan pergolakan mazhab yang paling teruk di rantau tersebut sejak berkurun lamanya.
Punca pergolakan
Faktor pertama membawa kepada peningkatan pergolakan berkenaan ialah berlakunya penyebaran dan peningkatan wacana serta dialog agama yang keterlaluan, sekali gus menggalakkan pengumpulan beribu remaja dan masyarakat awam untuk menyertai medan pertempuran.
Walaupun wacana seperti ini telah wujud sejak dahulu, namun kewujudan teknologi maklumat menyebabkan penyebarannya semakin kuat.
Kedua, disebabkan pertempuran yang berterusan serta pertumpahan darah dalam pelbagai situasi.
Manakala mangsa korban terhadap kewujudan Iran di Iraq dan Syria serta mangsa kejadian bunuh diri yang banyak akan terus menjadi bahan bakar kepada api pergolakan baharu pada masa akan datang.
Ketiga, pertambahan penggunaan propaganda media oleh pelbagai pihak daripada pihak-pihak berkuasa dan banyak negara untuk mendapatkan keuntungan tertentu.
Kesimpulan
Senario serantau yang begitu rumit menyebabkan penganalisis meramalkan bahawa pergolakan di tanah Arab sedang menuju ke arah yang semakin parah.
Kemasukan Rusia dalam barisan syiah serta pengunduran separa AS dari negara terlibat di mana ia adalah kuasa autoriti yang menjadi tempat bergantung oleh kebanyakan pimpinan sunni, menyebabkan pergolakan di Syria dijangka berterusan.
Malah, ia juga menjadi satu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Lebih merumitkan lagi adalah kebarangkalian tercetusnya perbalahan baharu seperti Bahrain dan negara-negara teluk yang lain.
Melihat kepada arus pergolakan ini dan natijah daripada perbalahan antara mazhab dan kumpulan, jelas menunjukkan bahawa masa depan di tanah Arab akan menjadi lebih buruk.

MUSLIM IMRAN
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (Pcom)

No comments:

Post a Comment