Tuesday 26 August 2014

Tali barut Israel serah diri


26 Ogos 2014


GENTING GAZA - PALESTIN . Beberapa tali barut Israel menyerah diri selepas tentera Hamas menggiatkan pemburuan terhadap kumpulan terbabit.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, sejurus pelaksanaan hukuman mati terhadap 18 tali barut Israel dilaksanakan Jumaat lalu, sekumpulan individu yang mengaku menyalurkan maklumat kepada Israel tampil menyerahkan diri.

"Kami sarankan sesiapa yang terlibat sebagai pemberi maklumat kepada Israel segera menyerah diri bagi mengelakkan mereka ditahan lalu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, mereka masih diberi peluang berbuat demikian termasuk untuk bertaubat.

"Pihak kami tidak akan mendedahkan identiti mereka dan berjanji untuk memberi perlindungan bagi memastikan nyawa dan keluarga mereka tidak terancam," jelas kenyataan itu lagi.

Jumaat lalu, seramai 18 individu dihukum bunuh selepas didapati menyalurkan maklumat kepada Israel tentang pergerakan tentera Hamas, dipetik dari laporan Al-Arabiya.

No comments:

Post a Comment