Tuesday 26 August 2014

2 maut, 20 cedera serangan terbaru Israel di Gaza

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 9:32 AM
SEORANG penduduk melalui di atas runtuhan sebuah rumah yang musnah selepas dibedil dalam serangan udara Israel di Jebaliya, Semenanjung Gaza, semalam.
 

GAZA: Israel melancarkan serangan udara awal hari ini menyebabkan dua penduduk Palestin terbunuh dan 20 lagi cedera selain memusnahkan pangsapuri dan bangunan pejabat.

Pegawai Palestin berkata, 70 keluarga tinggal dalam bangunan 13 tingkat itu yang turut menempatkan pejabat dan kompleks beli-belah.

Ratusan mereka yang tinggal di bangunan yang dibom tentera Israel itu terpaksa dipindahkan bagi memastikan mereka selamat daripada bangunan yang hampir runtuh.

Pegawai Perubatan Palestin berkata, 2,125 orang yang kebanyakannya orang awam termasuk lebih 490 kanak-kanak terbunuh di Gaza sejak 8 Julai apabila Israel melancarkan serangan ofensif terhadap Gaza sebagai membalas serangan roket Hamas ke wilayahnya. - REUTERS

No comments:

Post a Comment