Seorang rakan mangsa cuba memberikan bantuan kecemasan selepas rakannya parah dalam serangan udara Israel di Beit Lahia. - Foto: AFP |
KAHERAH - MESIR . Palestin bersedia menerima cadangan gencatan senjata baharu tetapi ianya tidak mendapat maklum balas dari pihak Israel.
Agensi berita AFP dan Al Arabiya melaporkan, cadangan itu diterima bagi memberhentikan serangan bertali-arus Israel yang sehingga semalam mengorbankan lima lagi nyawa penduduk Palestin dan menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian melibatkan penduduk itu mencecah 2,125 orang sejak bulan lalu.
Pegawai kanan Palestin berkata, terdapat cadangan dari Mesir untuk wujudkan gencatan senjata sementara bagi yang membuka laluan sempadan untuk membolehkan bantuan dan bahan binaan masuk ke Gaza.
“Kami bersedia menerima cadangan ini tetapi sedang menunggu respons Israel,” katanya, menurut laporan Agensi.
Laporan turut memetik seorang pegawai Palestin sebagai berkata, Mesir mempelawa semua pihak untuk kembali ke Kaherah dalam tempoh 48 jam akan datang bagi mengadakan rundingan terbabit.
Terdahulu, agensi berita Palestin Ma’an melaporkan, seorang pegawai Jihad Islam, Khaled al-Batsh sebagai berkata, gencatan senjata akan ditandatangani dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, kelmarin, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran bahawa serangan itu dilanjutkan ke tahap maksimum sehingga misi Operasi Perlindungan Sempadan mencapai misi dan tidak akan ada lagi sebarang rundingan dengan Palestin.
Sementara itu, media Time of Israel melaporkan, gencatan senjata itu tidak dipersetujui mana-mana pegawai Palestin dan perkara itu mustahil berlaku kerana Israel sebelum ini, tidak akan menerima sebarang rundingan lagi.

No comments:
Post a Comment