Tuesday 26 August 2014

8 lagi terbunuh


Sementara itu, penduduk Gaza berkata, mereka menerima mesej baru menerusi telefon bimbit dan talian darat yang mengingatkan bahawa Israel akan mensasarkan serangan ke atas rumah yang digunakan untuk melancarkan roket. 
Mesej berkenaan juga mengarahkan mereka keluar dari kawasan terbabit. 

Pesawat Israel sebelum ini mengebom empat rumah di bandar Beit Lahiya, berhampiran sempadan Israel, menyebabkan dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh.
Foto
KEPULAN asap menyelubungi ruang angkasa Gaza selepas serangan Israel, semalam.
Foto
AHLI keluarga remaja Palestin, Mohammed Al-Khodari, 17, yang terbunuh akibat kekejaman rejim Zionis kelmarin meratapi kematiannya sebelum dia dikebumikan, semalam.

Lima lagi penduduk Palestin juga mati dalam serangan Israel semalam, termasuk tiga lelaki yang berada dalam sebuah kereta.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, keganasan terbaru Israel seramai 2,122 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam, termasuk 400 kanak-kanak sejak Israel melancarkan serangan 8 Julai lalu. 

Turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis semalam ialah sebuah masjid di Beit Lahiya yang didakwa menjadi tempat perlindungan pejuang Hamas. 

Sementara itu, Mesir mencadangkan gencatan senjata baru yang akan membuka pintu sempadan utama di wilayah Palestin yang terkepung itu. 

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam sekali lagi menegaskan, rejimnya tidak akan menghentikan serangan selagi ada roket yang dilancarkan dari Gaza terhadap wilayahnya. 

“Hamas takkan berjaya mengalahkan kita. Mereka akan menerima pengajaran hebat,” katanya dengan angkuh. 

Dia berkata demikian selepas tentera rejim itu memusnahkan sebuah bangunan kediaman 12 tingkat di Gaza. 

Namun awal semalam, rancangan mengenai pelan gencatan senjata baru tersebar dan bakal menyaksikan delegasi kedua-dua pihak kembali ke Kaherah bagi meyambung semula perbincangan untuk menamatkan keganasan Israel itu. 

Seorang jurucakap kumpulan Jihad Islam mengesahkan perkembangan itu. 

“Bagaimanapun, rundingan itu hanya akan berjaya untuk mewujudkan gencatan senjata sekiranya semua tuntutan Palestin supaya kepungan ke atas Gaza ditarik balik, dipenuhi,” katanya.-AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

No comments:

Post a Comment