Tuesday 26 August 2014

Israel, Palestin setuju gencatan senjata - Hamas

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 10:17 PM

 
GAZA: Israel dan Palestin mencapai persetujuan untuk gencatan senjata di Gaza dan pengumuman rasmi akan dibuat di Mesir, menurut jurucakap Hamas di Gaza.

"Persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak dan kami sedang menunggu pengumuman dari Kaherah bagi menentukan waktu pelaksanaannya," kata jurucakap itu, Sami Abu Zuhri.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, enggan mengulas.

No comments:

Post a Comment