26 Ogos 2014
BAITULMAQDIS - Seorang pegawai kewangan kanan Hamas terbunuh di Genting Gaza sekali gus menjadikan ia pembunuhan keempat melibatkan pemimpin kumpulan itu, sejak minggu lalu.
Jurucakap kumpulan memaklumkan, pesawat Israel dengan sengaja menyasarkan serangan terhadap Mohamed Al-Qul yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap semua transaksi kewangan dana Hamas.
Sementara itu, tentera Israel membedil sebuah bangunan kerajaan tujuh tingkat dan merosakkan puluhan kediaman di kawasan sekitarnya, kelmarin.
Bangunan Zourob di tengah bandar Rafah itu turut menempatkan kedai komersial dan pejabat kerajaan milik Kementerian Dalam Negeri Palestin, dipetik dari laporan Time of Israel.
No comments:
Post a Comment