Tuesday, 26 August 2014

Penduduk Gaza tolak tuntutan Israel


Gaza: Satu tinjauan yang dibuat baru-baru ini mendapati, majoriti rakyat Gaza di wilayah ini menentang tuntutan Israel supaya pejuang Palestin meletak senjata.

Tinjauan yang dilakukan Pusat Kaji Selidik Palestin dengan membabitkan 1,000 warga Palestin di Gaza pada pada 14 hingga 19 Ogos itu menundjukkan, 93 peratus responden menolak tuntutan peletakan senjata seperti yang didesak rejim Zionis.


Israel selama ini menetapkan syarat itu sebelum bersedia untuk mengadakan gencatan senjata berpanjangan dan sekali gus menarik balik kepungannya ke atas Gaza.

Lebih 90 peratus rakyat Palestin percaya, tuntutan itu adalah helah bagi membolehkan Israel terus menyerang Gaza.


Manakala, 80 peratus menganggap sikap pro-Israel yang ditunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama adalah sesuatu yang negatif.


Sementara itu, 65 peratus responden berkata, mereka berpuas hati dengan peranan Mesir yang menjadi orang tengah rundingan damai antara rejim Yahudi itu dengan Palestin.

Kajian turut mendapati 88 peratus responden menyokong pelaksanaan gencatan senjata jangka panjang.

Pertempuran yang berlaku sejak 8 Julai lalu sudah meragut 2,120 nyawa rakyat Palestin yang hampir kesemuanya orang awam manakala 10,800 yang lain cedera. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

No comments:

Post a Comment