Thursday 28 August 2014

Qatar bantu Gaza


Doha: Qatar, penyokong kuat Hamas, memuji gencatan senjata di Gaza dan menawarkan bantuan untuk membangunkan semula wilayah Palestin itu yang hampir musnah dibom tentera Israel sepanjang pertempuran tujuh minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, negara itu berkata, perjanjian gencatan senjata jangka panjang yang dicapai Selasa lalu mampu dilaksanakan hasil tentangan dan pengorbanan warga Palestin.


Katanya, Qatar yang juga menempatkan ketua Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal bersedia membantu dalam pembinaan semula Semenanjung Gaza secepat mungkin.

Konflik bermula pada 8 Julai lalu apabila tentera Zionis melancarkan keganasan hingga membunuh 2,143 warga Palestin dengan alasan untuk melindungi rakyatnya daripada serangan Hamas. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/28

No comments:

Post a Comment